Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Saturday, March 22, 2008

Aduh! bosannya


Hmm! bosannya hari ini,memang tak ada planning nak kemana-mana,selepas beberapa hari saya tidak pernah melekat dirumah,suara Ibu pun sering sahaja tertanya-tanya kemana saya pergi tanpa saya memberitahu tujuan dan kemana saya hendak keluar.Yang Ibu tahu, Ya! anak sulung lelakinya akan keluar.Tetapi itu bukan alasan saya untuk selalu begitu,walaupun hakikatnya memang saya selalu begitu, jarang sangat memberitahu kemana hendak pergi,tetapi saya akan pergi tanpa memberitahunya juga dan tanpa memberitahu sesiapa, kerana itulah saya.Tapi beberapa kali ada orang menegur sikap saya ,kalu bab ini saya sukar nak terima teguran dari lain-lain bab.Sebabnya saya akan jadi kurang seronok nak ambil angin kat luar kerana somebody tahu kemana saya hendak pergi.Jadi dalam situasi begini biarlah begitu.begini dan selamanya selagi hayat masih ada ,saya suka merahsiakan kemana saya pergi.Bila perkara ini saya lakukan sebenarnya 'tension' yang berserabut dikepala dengan pelbagai tugasan hilang serta merta...so bagi anda yang view cerita ini...Janganlah ikut saya punya style ..anda punyai style anda tersendiri...Fikir-fikirkanlah...

Thursday, March 13, 2008

Mari Belajar Bahasa Turki (Siri 1)

TANISMA
(BERKENALAN)
  1. MERHABA..................................................... HELLO
  2. NASILSIN/NASILSINIZ............... APA KHABAR?
  3. iYiYiM ...............................................SAYA SIHAT.
  4. BENiM ADIM........................................NAMA SAYA
  5. MEMNUN OLDUM...............NICE TO MEET YOU
  6. TEsEKKUR EDERiM.....................TERIMA KASIH
  7. GULE-GULE ..............................................BYE-BYE
  8. iYi YOLcULUKLAR...................SELAMAT JALAN

*Panduan:

  1. (I) dibunyikan(e).
  2. (i) dibunyikan(i).
  3. (S)dibunyikan(S).
  4. (c)dibunyikan(J).
  5. (s)dibunyikan(she) kerana tiada huruf-huruf turki yang tertentu saya mengantikan (s kecil)dan sepatutnya (s) ini ada koma dibawahnya.

Saturday, March 1, 2008

Isi Masa Terluang...




Hari ni ..saya rasa teramat bosan.Bila dilihat kepada longgokan-longgokan fail saya rasa begitu tertekan.Ubat yang saya ambil dari Poliklinik Keluarga di Jitra semalam saya telan dengan rasa tak sedapnya.Hehehe ada ker ubat yang sedap.Kalau ada tolong cadangkan dari poliklinik mana???.Hmm saya capai telefon bimbit LG KE 500 terus sahaja menghantar mesej kepada Akhi Anuar dan terus membuat erjanjian untuk berjumpa di Alor Star.Tujuan saya ingin mencari buku-buku yang berkaitan dengan Motivasi dan Kendiri diri untuk program disekolah saya mengajar.Hmm saya terus mencapai kunci kereta Kancil kesayangan saya .Biar pun kecil tapi jasanya selama 2 tahun saya memilikinya amat bermakna buat saya itu kita boleh berbicara secara peribadi dengan saya jika ada kesempatan untuk berjumpa.
Sepertimana yang dijanjikan saya dengan akhi Anuar cuba pergi ke Popular ,saya rasa ianya tempat jualan buku yang cukup terkenal di Malaysia.Berjam-jam saya disitu tapi hasilnya cukup membosankan saya ,buku yang berkaitan tidak dapat saya cari untuk dimiliki kerana kurang sesuai dengan topik yang ingin saya sampaikan.Tiba-tiba saya ternampak sebuah buku bewarna merah tajuknya amat menarik."Turki Negara Dua Wajah,Pengkhianatan Ataturk Terhadap Dunia Islam" sebuah karangan dari Dr.Abdullah Azzam. Saya cukup tertarik dengan buku ini .Situasi buku ini di raknya amatlah tersembunyi dan hanya berbaki 2 jilid .Satu diambil oleh saya dan akhi Anuar juga berminat kami membayar dengan harga rm13.00 setiap satu.Harga yang murah tetapi nilai ceritanya cukup menambahkan lagi kekuatan kefahaman saya tentang kekejaman Ataturk.Jadi minggu ini sekurang-kurangnya saya dapat hilangkan kebosanan saya dengan meneliti maksud cerita isi kandungan buku ini dan sebuah buku kecil cili padi yang dihadiahkan daripada Akhi Al-Juasehi dan di terjemahkan oleh beliau sendiri yang bertajuk "Pintu Yang Sentiasa Terbuka" oleh Syeikh 'Ali at-Tonthowi. Saya merasakan karangan buku kecil ini cukup hebat dan saya cuba untuk menadaptasikan buku ini didala program motivasi saya pada akan datang...Sinopsisnya akan saya selitkan didalam blog ini selepas motivasi itu diadaka nanti...."Bacalah buku (kitab)untuk dirimu,tulislah ilmu itu (ikatkan)untuk semua orang"...