Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Wednesday, June 25, 2008

FARHAN.....LUQMAN....KEMBAR DI HATIKU...

HAAAA YANG MANA SATU NI??? FARHAN ,LUQMAN,FARHAN LUQMAN HUHUHU PENIIIGGGGGGGG!!!

HMM...NAKULA DAN SADEWA...UPIN DAN IPIN...NAMA-NAMA INI SERING DIKACA T.V AKU SELALU MENGADAPNYA...NAMUN DI SEKOLAH KU...AMIR DAN AMIRUL...AMIRUL FAHMI DAN AMIRUL FAHMAN...FARHAN DAN LUQMAN. INI ANAK-ANAK KEMBAR YANG SELALU MENJADI SEBUTAN ANTARA MEREKA YANG MELIHATNYA...KENAPA KEMBAR-KEMBAR INI MENJADI DAYA TARIKKAN BUAT DIRIKU???NANTIKAN SINOPSIS CERITA TENTANGNYA HEHEHEHE....

Thursday, June 19, 2008

HARI PERSARAAN AYAHANDA TUAN HAJI AMIR HAMZAH BIN HASHIM (P.K HEM S.K.P.T)


BIODATA AYAHANDA TUAN HAJI AMIR HAMZAH BIN HASHIM

Ayahanda dilahirkan pada 20 June 1952 di sebuah kampung pedalaman iaitu Kampung Ulu Mengkuang, Rantau Panjang , Selama, Perak. Keluarga beliau adalah penoreh, petani dan pencari hasil hutan sekali sekala. Anak keempat daripada enam adik beradik.
Seperti kanak-kanak kampung yang lain amat nakal, mandi sungai, laga ikan, lastik burung, main guli, kadang kala bergaduh sesama kawan.Bapa beliau bernama Hashim bin Hj.Awang Besar dan ibu bernama Hafsah binti Yaacob. Semuanya telah pulang kerahmatullaah.
Ayahanda mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang pada tahun 1959. Beratapkan daun rumbia, dinding buluh, meja dan kerusinya diperbuat daripada papan panjang. Tiada elektrik, guna gaslin, minum air perigi, jalan tanah merah, serba kekurangan. Sempat menggunakan papan batu sebagai buku tulis. Sebaik sahaja naik Darjah 6 beliau dilantik sebagai Ketua Murid..
Pada Tahun 1965 ayahanda bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Selama Perak.Kini lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Haji Hussein. Lulus peperiksaan SRP pada tahun 1967 iaitulah tahun ke 2 pelaksanaan peperiksaan berbentuk objektif di Malaysia ini. Di sekolah ini aku juga dilantik sebagai pengawas.
Ayahanda naik ke Tingkatan Empat di Sekolah Menengah King Edward V11, Taiping, Perak. Di Sekolah ini aku bergiat dalam Pasukan Kedet Bersatu, Pasukan Rugbi rumah Parr, Pengawas Asrama.
Selepas lulus peperiksaan SPM tahun 1969 Ayahanda dipilih memasuki Tingkatan Enam Khas Biasiswa Penuh Kerajaan Negeri Perak di Sekolah Anderson, Ipoh. Walaupun aku mengambil STPM tahun 1971 tetapi nasib kurang baik, mungkin kesan sikologi ayah meninggal dunia dalam tahun peperiksaan ku itu. Ayahanda berjaya memasuki Maktab Perguruan Teknik,Cheras di Kuala Lumpur pada tahun 1972.
Di Maktab ini ayahanda terlibat secara aktif sebagai Pasukan Rugbi Maktab, Exco Pelajar Maktab.Setelah tamat latihan perguruan ayahanda dihantar ke Terengganu dan mula mengajar di Sekolah Menengah Panji Alam, Jalan Kg.Tok Nasik, kira-kira 2 kilometer daripada Bandar Kuala Terengganu. Di samping mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan aku kena mengajar Matematik untuk murid Tingkatan 3.Di sekolah ini juga ayahanda dipilih sebagai Guru Kedet Polis sekolah berpangkat Inspektor dan merangkap Adjutan Pasukan Kedet Polis Terengganu. Terlibat sebagai Pasukan Rugbi Negeri Terengganu selama 3 tahun.
Sebagai mana manusia berlandaskan fitrah Allah s.w.t pada tarikh 06/12/1975 ayahanda dijodohkan dengan seorang gadis Negeri Kedah bernama Che Halimah Bt.Che Mat pilihan ibu namun hati kecil nya tetap akur dan luhur dengan pilihan ibunya itu.
Tidak berapa lama kemudian pada tarikh 17/10/1976 lahirlah anak sulung ayahanda bernama Muhammad Azrul. Berkelulusan Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kini bekerja sebagai Juru Kamera Multimedia di RTM 1, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sudah berumah tangga dan mendapat seorang cahaya mata perempuan iaitulah juga cucu sulung ayahanda bernama Ainnul Aishah berumur baru satu tahun setengah.
Anak kedua bernama Muhammad Afzan yang lahir pada tarikh 13.06/1979. Selepas tamat pengajian Ijazah Universiti Teknoloji Petronas, Ipoh beliau kini bekerja sebagai Jurutera di Fastron, Syarikat Jerman di Pulau Pinang.Pada tahun 1981 ayahanda bertukar ke Sekolah Menengah Padang Midin kira-kira 7 km daripada Bandar Kuala Terengganu.


Pada tahun 1983 aku sekeluarga membuat keputusan untuk berpindah balik ke Kedah. Alhamdulillah selepas permohonan diterima ayahanda di tempatkan di Sekolah Menengah Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang. Di sekolah ini ayahanda ditugaskan sebagai guru Rugbi,Guru Disiplin dan Guru Pengawas Sidang Petang. Pada tahun 1986 ayahanda dikurniakan dengan sorang cahaya mata perempuan bernama Nurul Hidayah. Kini tahun akhir di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dalam jurusan Ijazah Sains Kimia Industri. Pada tahun 1987 ayahanda dikurniakan seorang puteri bernama Siti Adibah pelajar tahun ke tiga di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dalam jurusan Ijazah Pendidikan Sains Fizik.

Pada Bulan Mac 1988 ayahanda ditukarkan ke Sekolah Menengah Tanah Merah, Pendang kerana penglibatan ayahanda dengan parti Politik. Maka ayahanda akur dengan perintah itu.Awal tahun 1989 ayahanda diterima untuk kembali ke Daerah Kuala Nerang dan bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap 10 Km. daripada Pekan Kuala Nerang. Pada tahun 1990 ayahanda dipilih sebagai Guru Kakitangan Sumber untuk Pelajaran Kemahiran Hidup dan dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1997. Ayahanda ditugaskan sebagai Guru Disiplin dan Pengawas Sekolah. Diperingkat Daerah Kuala Nerang ayahanda dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Nerang.
Pada 01 April 2000 aku ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebagai Penolong Kanan HEM hinggalah sekarang menjelang bersara pada 20 June 2008. Pada tahun 2004 ayahanda dianugerahkan sekali lagi Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 2004 juga ayahanda bersama isteri telah berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu Haji rukun Islam ke Lima itu.

Itulah sinopsis kehidupan ayahanda yang kami semua kasihi....
Ya Allah pejam celik pejam celik dah hampir tiga taun aku bersama -sama dengan Ayahanda cikgu Amir di bidang pendidikan ,memang beliau banyak mengajar aku tentang kehidupan bagaimana ingin menjadi seorang pendidik yang sebenar.Namun hari ini adalah hari terakhir Cikgu Amir di S.K Padang Terap dan tiba lah masanya hari persaraan beliau pada hari ini...
Dan bingkisan ini aku hadiahkan pada mu buat Ayahanda yang diingati...
PERPISAHAN AYAHANDA…

Ayahanda yang dikasihi…
Kami mengerti perpisahan iniBukan kerana kau membenciTapi kerana dirimu terpaksa melangkah pergi.
Harapan kami agar setiap wajah kami jangan kau lupai…
Ayahanda yang dirahmati…
Hari-hari yang akan kami lalui…
Akan kami harungi demi hariBersama wajahmu yang tak mungkin akan kembaliTapi hati kami masih tidak menerimaDitinggalkan sepi tanpa gurau sendamu…Hakikatnya kami tidak sanggup kehilanganmu…Kami tidak sanggup Ayahanda…tidak sanggup.

Ayahanda yang kami kasihi…
Renunglah bangunan-bangunan ini
Yang setiap sudut seolah-olah mengenalmu…
Selalu kau kelilingi mereka dengan rotan hijaumu..
Kerana disinilah, Terukir kata yang tak dapat kau ungkapkanMengimbas kenangan silam, Yang tak mungkin akan kau ketemui lagi.
Ayahanda yang pasti kami rindui
Selama ini kami kenal hati budi ayahanda
Selama ini kami kasihkan ayahanda
Kerana kenal dan kasih itu kadang-kadang membuat hati ayahanda terluka
Apa lagi yang pasti dapat kami hulurkan…Menyusun jari memohon ampun kemaafan.
Ayahanda…Ayahanda …maafkan kami..andai diantara kami ini yang membuat hatimu terguris…relakanlah dosa itu pergi dengan kemaafan mu wahai ayahanda
Ampunkan kami ya… Ayahanda…
Percayalah Ayahanda, Amat Sukar Membicarakan Perpisahan, Kekadang Sendu Syahdu Mengiring, Tetapi kami mengerti wahai ayahanda, Bukan kami pinta Akan Perpisahan,
Bukan itu jua yang kau pinta,Sudah Lumrah Alam Tertulis Begitu. Hakikatnya,Suka Dan Duka Kita Tinggalkan, Itu Memori Lalu Cuma, Kini, Lembaran Baru Sudah Terhampar.
Wahai Ayahanda, Jangan Ditangisi Akan Perpisahan, Upaya Kita Tidak Termampu Menyekatnya, Ayahanda yang pasti kami rindui… Susunlah Langkah Sekemas Mungkin, Aturkanlah Bicara Setulus Mungkin, Agar Pertemuan Nanti Lebih Erat, Rantaian Kasih Sesama Kita.

Akhir kata …
Salam perpisahan Ayahanda…
Salam perpisahan..

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Sunday, June 15, 2008

HILANGNYA JODOH, CARI TIDAK KETEMU...

BIAR BONDA DAN AYAHANDA
MENUNAIKAN HAJI DAHULU...


URUSAN PERKAHWINAN PASTIKAN MENYUSUL...

Dah berkali saya diajukan dengan soalan itu,dah naik muak,kadang-kadang dah bosan geram dengan setiap soalan yang diajukan.Soalnya bila nak ketemu jodoh?.Bila lagi nak makan nasi minyak?Hmm selepas saya tidak lagi digelar tunangan orang ,saya cukup bermasalah dalam hal ini.Masalah nya saya terkilan dengan sikap wanita yang curang.Sampai kini saya masih tercari-cari yang mana sesuai dengan jiwa saya.Saya terpaksa teliti dan lebih teliti dari memilih bekas tunangan saya yang lalu.
Bonda, apatah lagi selepas pelbagai pihak kenalkan saya dengan seorang yang bergelar jururawat ,pada permulaan perkenalan aku tertarik dengan peribadinya,namun selepas beberapa minggu hati saya terus berkata dia bukanlah pilihan calon yang sesuai.Huh ! susah sungguh dengan Azrul ni,memilih sangat.Wah! senang sangat manusia diluar membuat tafsiran.Yang nak hidup berumahtangga ialah saya , mereka diluar sana yang hanya sekadar memperkenalkan tanpa bertanya ciri-ciri yang bagaimana saya inginkan sebagai teman hidup.
Yang mereka bisingkan cuba lihat si fulan itu dah kahwin dah dapat anak pun ,maknanya dah bagi cucu pun kat ayah bonda mereka.Bagi saya biarlah dengan kehidupan mereka dah ada anak pun bagi Mak ayah yang jaga ,bagi saya baik tak payah buat anak kalau tak nak jaga anak.Seolah-olah melepaskan batuk ditangga.Atas alasan yang dikatakn konkrit lagi ,biarlah cucu sulong ni di bela dan dimanja oleh datuk dan nenek.Hilanglah kesunyian mereka di rumah akibat berpencen dari kerja.Ada lagi setengah pihak yang mengatakan ianya satu ‘budaya’ dimana anak menantu melahirkan anak kemudian anak itu dibela oleh datuk dan nenek .Yang mak ayah sibudak itu sibuk bersiar-siar kesana kemari biarlah kami honeymoon dulu katanya.Hmm kategori manusia jenis apa ini ye?.Yang mak ayah semakin lama semakin membongkok dibiarkan menjaga anak berlari berkejaran.Bukan lah saya tidak bersetuju jika anak-anak itu dibela oleh datuk dan neneknya biarlah berpada-pada .Inikan sepanjang masa waktu anak-anak sendiri dibiar bersama datuk dan nenek.Bila pula tangan si Ibu akan membelai anak-anak mereka ?.Bila pula waktunya si Ayah akan melihat si anak ketika pulang dari kerja.?Fikir-fikirlah jika cucu terlalu dimanjakan oleh Datuk dan Nenek sudah pasti sukar mereka ingin terima nasihat ibu dan ayah mereka sendiri selagi Datuk dan Nenek tidak menggeleng kepala setiap kali apa yang diminta cucu sekadar mengangguk setuju segala.
Entahlah tiba-tiba saya ingin menulis perkara ini didalam blog saya.Memang bonda saya pun tertanya-tanya mahukah saya berkahwin pada tahun ini (2008).Hati Bonda mana yang tak inginkan anaknya ditemukan jodoh pada lewat usia 20 an .Tahun ini dah pun hampir masuk 30 tahun dah tak berapa bulan sahaja lagi.Tambahan bonda pun serba salah takut saya bertemu jodoh pada tahun ini ,sedangkan hati beliau ingin sangat menunaikan haji pada tahun ini.Surat panggilan sudah pun diterima cuma perlu menambahkan sedikit wang untuk mencukupi semua semua perbelanjaan yang dituntut oleh pihak Tabung Haji.Jadi saya telah berfikir panjang biarlah jodoh saya pada tahun ini ternoktah setakat ini dahulu.Biarlah saya tumpukan pada bidang kerjaya saya dahulu sebelum jodoh itu datang menjemput saya.Hanya padaNya saya berserah diatas pertemuan jodoh ini.Dan biarkan Ayahanda dan Bonda menunaikan haji dengan tenang tanpa memikirkan siapa jodoh saya
.








DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

YA ALLAH..SEANDAINYA TELAH ENGKAU CATATKAN DIA MILIKKU…TERCIPTA BUATKU…SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU…TITIPKANLAH KEBAHAGIAAN ANTARA KAMI…
AGAR KEBAHAGIAAN ITU ABADI.
YA ALLAH …YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI…
SEIRINGKANLAH KAMI MELAYARI HIDUP INI…
KETEPIAN SEJAHTERA DAN ABADI…
MAKA JODOHKANLAH KAMI…
TETAPI SEANDAINYA TELAH ENGKAU TAKDIRKAN DIA BUKAN MILIKKU…
BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGANKU…
LUPUTKANLAH DIA DARI INGATANKU …
DAN PELIHARALAH AKU DARI KEKECEWAAN.

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI…
BERIKANLAH AKU KEKUATAN MENOLAK BAYANGANNYA JAUH KEDADA LANGIT…
HILANG BERSAMA SENJA NAN MERAH…
AGAR AKU SENTIASA TENANG …
WALAUPUN TANPA BERSAMA DENGANNYA.

YA ALLAH YANG TERCINTA…
PASRAHKANLAH AKU DENGAN TAKDIR-MU…
SESUNGGUHNYA APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN ADALAH YANG TERBAIK UNTUKKU…
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERBAIK UNTUK HAMBAMU INI.

YA ALLAH CUKUPLAH ENGKAU SAHAJA YANG MENJADI PEMELIHARAANKU DIDUNIA DAN DI AKHIRAT…
DENGARKANLAH RINTIHAN DARI HAMBAMU YANG DHAIF INI.

JANGANLAH ENGKAU BIARKAN AKU SENDIRIAN DIDUNIA INI MAHUPUN AKHIRAT…
MENJURUSKAN AKU KEARAH KE MAKSIATAN…
MAKA KURNIAKANLAH AKU SEORANG PASANGAN YANG BERIMAN.
AGAR AKU DAN DIA SAMA-SAMA DAPAT MEMBINA KESEJAHTERAAN HIDUP KE JALAN YANG ENGKAU REDHOI…
DAN KURNIAKANLAH AKU KETURUNAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH…

YA ALLAH…BERIKANLAH KAMI KEBAHAGIAAN DIDUNIA DAN DI AKHIRAT…DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA…

AMIN…AMIN…AMIN…YA RABBAL ‘ALAMIN.



KEK PUDING JELLY KRISTAL

KEK PUDING JELLY KRISTAL
BAHAN-BAHAN

1. SWISS ROLL KEK ATAU IKUT JENIS KEK KEGEMARAN ANDA( KEK YG LEMBUT)
2. 1 TIN SUSU CAIR IDEAL (405 g)
3. 10 SUDU TEPUNG CUSTARD.
4. 10 SUDU GULA (MENGIKUT CITARASA ANDA)
5. 2 1/2 TIN AIR (IKUT SUKATAN TIN SUSU IDEAL)
6. 1 TIN COKTAIL FRUIT ATAU PEACH ATAU BUAH-BUAHAN SEGAR. (AIR DIDALAM BUAH-BUAHAN INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SUKATAN AIR)
7. 1 SUSU BESAR ESEN VANILLA
8. 2 SUDU BESAR OREN SUNQUICK OR REBINA.
9. 1 KOTAK JELLY KRISTAL
10. SECUBIT GARAM

CARA-CARA MEMBUATNYA.

PERTAMA (LAPISAN KEK)
- Sediakan loyang .
- Potong kek mengikut kesukaan anda samaada nipis atau tebal .
- Susun kek tersebut didalam loyang.
- Ketepikan.

KEDUA ( LAPISAN CUSTARD)
- Masukkan susu cair kedalam periuk.
- Masukan tepung custard
- Masukan air.
- Masukan gula, esen vanilla dan oren sunquick ,secubit garam)
- Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masak sehingga mendidih dan pekat.
- Kemudian tuangkan kedalam loyang yang berisi kek yang telah dipotong.
KETIGA (LAPISAN BUAH-BUAHAN)
- Taburkan buah-buahan di atas adunan custard didalam loyang tadi mengikut citarasa anda.

KEEMPAT (LAPISAN JELLY CRISTAL)
- Masak 400 ml air sehingga mendidih. (Mengikut jenis serbuk jelly yang di beli)
- Masukan serbuk jelly dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan jelly yang dimasak kedalam loyang yang berlapiskan kek,custard dan buah- buahan .

KELIMA
- Masukan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Disediakan oleh : Ezrul Demirtas

Saturday, June 14, 2008

RENDANG MINANG DEMIRTAS




RENDANG MINANG DEMIRTAS

BAHAN-BAHAN (1)

11 Tangkai cili kering
7 biji cili padi mengikut kesukaan anda.
7 biji bawang besar (bergantung kepada saiz bawang)
10 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 biji buah keras.
2 batang serai dihiris nipis.
Sedikit lengkuas
-BAHAN-BAHAN INI DIKISAR .

BAHAN-BAHAN (2)

3 Sudu besar udang kering,
3 Sudu kecil jintan manis
3 Sudu kecil jintan putih
3 Sudu kecil ketumbar.
- BAHAN-BAHAN INI DIMESIN KERING.

BAHAN-BAHAN (3)

Daun Pandan .(Dihiris Halus Dan untuk ditumis)
Daun Limau Purut.(dihiris Halus)
Daun Kunyit (Dihiris Halus)
Serai. (Dititik)
-PENGGUNAAN DAUN-DAUN INI MENGIKUT CITARASA ANDA.

BAHAN-BAHAN (4)
KERISIK 3 SUDU BESAR
KULIT KAYU MANIS
BUAH PELAGA
BUNGA LAWANG
SEBATANG SERAI
SEHELAI DAUN PANDAN
SEHELAI DAUN KUNYIT
(BAHAN-BAHAN INI UNTUK DITUMIS)



BAHAN-BAHAN (5)

1 KILO DAGING
250-350 ML SANTAN
SEDIKIT AIR ASAM JAWA
GULA DAN GARAM.


CARA-CARA MEMASAK.

TUMISKAN BAHAN-BAHAN KE EMPAT DENGAN MINYAK JAGUNG DENGAN API SEDERHANA .BIARKAN SEHINGGA NAIK BAU.KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN KEDUA,KACAU SEHINGGA SEBATI.KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN PERTAMA MASAK SEHINGGA MENDIDIH DAN AGAK KERING SEDIKIT,KEMUDIAN MASUKKAN DAGING,KACAU SEHINGGA SEBATI BIARKAN BEBERAPA MINIT SEHINGGA AIR DAGING KELUAR DAN KACAU SEHINGGA SEBATI SEHINGGA KERING,KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN AIR ASAM JAWA ,KACAU SEHINGGA SEBATI DAN BIARKAN DENGAN API PERLAHAN DAN TUTUP.UNTUK SEKILO DAGING MEMAKAN MASA HAMPIR 45 MINIT DENGAN KADAR API YANG PERLAHAN.SELAMAT MENCUBA.

CURRY MEE OF DEMIRTAS




CURRY MEE OF DEMIRTAS




BAHAN-BAHAN (A)

3 BIJI BAWANG BESAR
7 ULAS BAWANG PUTIH
1/2 INCI HALIA
7 TANGKAI CILI KERING
1 BUNGKUS SERBUK KARI AYAM@IKAN(MENGIKUT CITARASA)
3 SUDU SOS TIRAM (SEKIRANYA ADA)
SEDIKIT UDANG KERING

*BAHAN-BAHAN INI HENDAKLAH DIKISAR LUMAT DENGAN AIR REBUSAN AYAM/UDANG/SOTONG/KETAM (MENGIKUT CITARASA ANDA).

SANTAN (MENGIKUT CITARASA ANDA)


BAHAN-BAHAN (B)

1/2 EKOR AYAM @UDANG@KETAM@ SOTONG (DIHIRIS KECIL DAN DIREBUS DAHULU UNTUK MENJADIKAN AIR REBUSAN LAZAT REBUS DENGAN SEKOTAK KECIL STOCK AYAM)

*AIR REBUSAN DISIMPAN.

SEDIAKAN BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS SEPERTI BUNGA LAWANG,BUNGA CENGKIH.BUAH PELAGA DAN SEDIKIT DAUN KARI.


BAHAN-BAHAN (C)

SEBUNGKUS FISH BALL
SEBUNGKUS FISH CAKE
TAUHU(DIGORENG DAN DIHIRIS NIPIS)
TAUGE

(DIHIRIS DAN DIRENDAM DIDALAM AIR PANAS )

SETANGKAI DAUN SUP

BAHAN-BAHAN (D)

SEBUNGKUS MEE

CARA-CARA MEMBUATNYA

PANASKAN MINYAK JAGUNG DALAM ANGGARAN 7 SUDU BESAR BIARKAN PANAS SEKETIKA.KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN UNTUK MENUMIS.BIARKAN SEHINGGA NAIK BAU.
KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN (A) DISERTAKAN DENGAN SEDIKIT HIRISAN ISI AYAM YANG DICINCANG HALUS.KACAU SEHINGGA SEBATI DENGAN API YANG PERLAHAN.KEMUDIAN MASUKAN SEDIKIT AIR REBUSAN(1 CAWAN KECIL).KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN (B).BIARKAN DLM 3 MINIT UNTUK BAHAN2 TADI SEBATI DENGAN BAHAN MENUMIS.
KEMUDIAN MASUKKAN SEDIKIT DEMI SEDIKIT AIR REBUSAN TADI MENGIKUT PENYEDIAAN UNTUK 4 ORANG.DI SELANG SELI DENGAN SANTAN CAIR.KUAH TIDAK TERLALU CAIR DAN TIDAK TERLALU PEKAT.KEMUDIAN MASUKKAN ASAM KEPING DAN JUGA GARAM SECUKUP RASA.


UNTUK HIDANGAN
MASUKKAN MEE YG DICELUR KEDALAM MANGKUK,KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN (C) ,HIRISAN DAUN SUP DAN CILI HIDUP ,KEMUDIAN MASUKKAN KUAH KARI….KEMUDIAN SEDIAKAN LIMAU NIPIS SEBAGAI PENYERI.

CARAMEL SWEET OF DEMIRTAS



CARAMEL SWEET OF DEMIRTAS


BAHAN-BAHAN (A)

6 BIJI TELUR
80gm GULA KASTOR
25gm TEPUNG KASTARD
15gm TEPUNG JAGUNG
410ml SUSU CAIR
410ml AIR
1 CAMCA TEH VANILA


BAHAN-BAHAN (B)

80gm GULA PASIR
100ml AIR


CARA-CARA MEMBUATNYA

BAHAGIAN (1)
1. Pukul telur dengan gula kastor hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung ,kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan susu ,air (410 ml) dan vanilla ,kacau rata-rata.


BAHAGIAN (2)

1. Masak gula dan air(100ml) hingga menjadi gula hangus.
2. Tuangkan kedalam loyang yang sudah dilengser dengan marjerin.


TINDAKAN SELANJUTNYA

1. Tapiskan campuran telur (BAHAN-BAHAN A) keatas gula hangus(DALAM LOYANG).
2. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.


PERINGATAN.

Anda boleh meletakan vanilla mengikut citarasa anda untuk memberikan lebih bau yang enak.Pewarna kuning juga boleh diletakan untuk menjadikan warnanya lebih menarik.Semasa mengukus haruslah ditutup dengan aluminum foil ,tetapi tidak terlalu rapat.Anda boleh memastikan caramel anda masak dengan menyucuk lidi ditepi bahagian pudding.SELAMAT MENCUBA ; )

MAQLUBAH RICE




MAQLUBAH RICE


BAHAN-BAHAN (A)

3 BIJI BAWANG BESAR
5 ULAS BAWANG PUTIH
1 INCI HALIA
1 INCI KUNYIT HIDUP
3 SUDU BESAR REMPAH 7 (7 MIXED SPICES)@(REMPAH BRIYANI FAIZA)
2 KETUL STOCK AYAM

*BAHAN-BAHAN DIATAS PERLU DIKISAR MENJADI SATU BAHAN

BAHAN-BAHAN (B)

1/2 KILO KENTANG
*DI POTONG NIPIS KEMUDIAN DI GORENG SEHINGGA GARING

2 KUNTUM BUNGA KOBIS (DI POTONG KECIL)
*DI POTONG HALUS KEMUDIAN DI GORENG HINGGA KEKUNINGAN

1/2 EKOR AYAM (DI BELAH 2)
*AYAM PERLU DI REBUS DAN DI GORENG TANPA KUNYIT SELAMA 3 MINIT SELEPAS DIREBUS.AIR REBUSAN HARUS DISIMPAN.

(SEKIRANYA ANDA TIDAK MAHU REBUS AYAM ,BOLEHLAH MASUKKAN AYAM SELEPAS MENUMIS BAHAN2 (A DAN D) KEMUDIAN KACAU SEHINGGA SEBATI)

(KETEPIKAN BAHAN-BAHAN B)

BAHAN-BAHAN (C)

1 KILO BERAS BASMATI ATAU BERAS BIASA (DI RENDAM SEKETIKA)

BAHAN-BAHAN (D)

SEDIKIT BUNGA LAWANG,KULIT KAYU MANIS,BUAH PELAGA,BUNGA CENGKIH DAN DAUN BAY UNTUK DI TUMIS DENGAN REMPAH

CARA-CARA MEMBUATNYA

PANASKAN MINYAK JAGUNG ,KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN

(D),BIARKAN SEHINGGA NAIK BAU ,KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-

BAHAN (A) ,BIARKAN SEHINGGA NAIK BAU,KEMUDIAN MASUKKAN AIR

REBUSAN AYAM MENGIKUT SUKATAN BERAS,BIARKAN

MENDIDIH,KEMUDIAN MASUKAN BAHAN-BAHAN (B) BIARKAN SEMINIT

,KEMUDIAN MASUKAN BERAS BIARKAN SEHINGGA MASAK MASUKKAN

GARAM SECUKUP RASA .

TABURKAN KISMIS ,BADAM DAN HIRISAN DAUN SUP MENGIKUT
CITARASA ANDA.

Friday, June 13, 2008

INDAHNYA KEMAAFAN...

KEMARAHAN ITU SUATU BENCANA JIWA

KEMAAFAN ITU SUATU KEINDAHAN

Begitu sukar untuk diri saya dan sebahagian dari umat manusia ingin memaafkan seseorang andai jika kesalahan itu amat besar.Dilihat dari pelbagai sudut kemarahan itu juga adalah satu naluri yang Allah ciptakan yang ada pada setiap makhluk.Namun itu adalah ujian buat hamba-hambanya untuk menerima setiap ujian itu dengan sabar dan tabah.

"Marah" boleh didefinisikan sebagai "Berasa panas hati kerana ditipu,dihina,perasaan panas hati,berang,gusar,murka atau menyebabkan sesuatu tindakan orang lain yang menimbulkan perasaan yang tidak puas hati terhadap seseorang.

Namun sebagai penyejuk jiwa yang lahir dari naluri dan perasaan marah ini ialah "kemaafan''.Kemaafan itu adalah sesuatu yang cukup indah didalam norma kehidupan bermasyarakat apatah lagi setiap insan yang punyai sahabat,suami,isteri dan sebagainya.

'Maaf' yang dapat didefinisikan sebagai kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang daripada hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan.Memang tidak dinafikan setiap individu akan merasa lega dengan nikmat kemaafan ini.Tetapi hak kemaafaan ini juga terletak ditangan individu itu jua untuk memaafkan individu yang lain.

Sepertimana Allah telah berfirman didalam Al-Quran surah Ali-Imran ayat 134 :Allah berfirman ,"Dan orang orang yang menahan kemarahannya,dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.Dan ingatlah,Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.


Dan Allah berfirman lagi didalam Surah al-Syura ,ayat 43 mafhumnya :Dalam pada itu ingatlah,orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya,sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang dituntut agar dilakukan.

Maka jelaslah disini sifat kemaafan itu sebenarnya dituntut oleh Allah s.w.t .Hakikatnya kemaafan itu membuat hati setiap insan itu terasa lapang dan senang melakukan aktiviti harian kerana "Kemaafan itu adalah sesuatu yang indah dalam kehidupan"

Friday, June 6, 2008

MY GUESTBOOK