Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Sunday, January 27, 2008

KEM BESTARI SOLAT



ANAK-ANAK KU BERSOLAT













Sebelum saya sempat membaringkan diri sejenak akibat keletihan hari ini ,kerana ada latihan sukan di sekolah untuk kejohanan olahraga tahunan di sekolah saya..Namun tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi melagukan Instrumental "Autumn In My Heart" .Bunyi yang mendamaikan itu saya matikan dengan menjawab panggilan nombor misteri itu .Suara bebunyi seakan seorang dewasa yang mengeluh bunyi nya begini .'Assalamualaikum Cikgu ! Kenapa murid-murid tahun 4 tak ada Kem Bestari Solat dan saya terkilan dengan program tersebut tidak melibatkan Tahun 4.Belum sempat saya menjawab persoalan tersebut tiba-tiba talian terputus tanpa sempat saya menjawab salam yang diberikan dan lidah saya kelu dengan pertanyaan tersebut .Bila dilihat kembali nombor untuk saya hubungi semula ianya 'private number' .Hmm saya tidak sempat menjawab dan tidak boleh pulak nak saya hubungi waris tersebut yang mungkin ingin melibatkan anaknya dalam program Kem Bestari Solat sepertimana yang dilakukan pada murid-murid tahun 1,2 & 3.





Friday, January 25, 2008

SEDIKIT TERKASIMA (25 HARIBULAN)






23 Januari 2007 yang lalu ,disekolah saya seperti tahun-tahun yang biasa diadakan sambutan Maal Hijrah.Dan tahun ini juga aktiviti dijalankan seperti biasa.Sambil saya khusuk merenung sesuatu apa yang disampaikan oleh penceramah ,tiba-tiba saya dikejutkan dengan pertanyaan seorang murid yang bertanyakan saya tentang soal kewangan.Tidak dinafikan tumpuan saya terhadap isi-isi ceramah tersebut sedikit terganggu dengan soalan yang diajukan dengan secara tiba-tiba."Ustaz tahun ini ustaz nak pergi rombongan tak?."Saya menjawab dengan bahasa yang bersahaja "Mmm tak pergi kot,duit tak ada ".Itu sahaja yang saya jawab.Kemudian murid tersebut membalasnya kembali."Alah ustaz tak kan duit tak ada kan semua cikgu gaji 25 Haribulan".Mendengar jawapan tersebut saya sedikit terkasima dengan apa yang dikatakan oleh murid tersebut.Bukan kerana masalah 25 Haribulan ,tetapi masalah dimana anak-anak zaman sekarang tidak lagi seperti dulu.Pemikiran mereka juga kadang-kadang selari dengan apa yang diceritakan oleh media...Jadi wahai Ibu Bapa sekelian renung-renungkanlah...terlalu simbolik bagi saya tentang 25 haribulan....

Monday, January 21, 2008

Konvokesyen KPLI-J-QAF 2006 (12-12-2007)

Shukran yer akhi Salman kerana meluangkan masa untuk konvo ni...

Cok Tesekurler akhi Pak Tam...Tanpa mu tak sampai la kat tempat ni...


Dari kiri anda: Pak Wan..Ezrul...Ustaz Ad
Hat muncung bibir mulut tu Pak Ali doa berlagu

Friday, January 18, 2008

Serendang Dedaunan Hijau(NAMU)

Majlis ini disempurnakan oleh:Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain b. Hj Awang
(Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia)
(Tarikh: 12 Disember 2007 Dewan IPBBA)


Serendang dedaunan hijau
Asalnya sebutir benih kecil
Nampak pun tiada di mata kasar
Terbenam di timbus tanah hitam


Serendang dedaunan hijau
Remaja mu ,ditatang elok
Disiram air jernih
Santapan baja untukmu terus dewasa


Serendang dedaunan hijau
Dewasa mu berbakti
Sang pencintamu ada yang melakar sesuatu
Indah lakarannya kadang-kadang terbentuk istana
Sesegar dedaunanmu diselar kuntuman bunga


Serendang dedaunan hijau
Dewasa mu ada yang memerlukan
Berteduh ketika mentari menyinar terik
Memberi kenyang ketika ada yang lapar
Menjadi bara andai rantingmu sudah tua
Dapur si fakir menanak rezeki laparnya hilang
Sungguh Agung yang mencipta mu


Serendang dedaunan hijau
Hayat mu sudah menjamah usia
Bakti mu nilainya sama dedaunanmu yang gugur
Tidak terhitung mahkluk yang memegangmu
Lumpuhmu masih bermakna
Masih tiada yang lupa
Dan tiada yang akan lupa
Dahan mati mu dikutip sang pencinta
Dibakar menjadi abu hitam halus
Baja buat anak pohonan serendang


JASAMU TETAP BERTERUSAN
“GURU ENGKAULAH POHONAN RENDANG ITU’


(Kudedikasikan puisi ini buat semua warga pendidik Institut Perguruan Darulaman
Dan juga buat Guru pembimbing Ustazah Paudzah bt.Abd Hamid
Tuan Guru Besar En.Ahmad Hidzir b. Md Noor (Yang kini sudah bertugas di S.K Bukit Tembaga , Kedah Darulaman)
Diatas bimbingan kalian untuk saya yang bergelar pendidik kini dan juga semua Warga SKPT


(Shukran Jazilan)


Nukilan :Simirman sayang (11.30 pm)

Saturday, January 12, 2008

Secebis Sebuah Harapan


Tiada lagi yang dapat digambarkan ,perasaan yang gundah gulana sudah mula meresap kedalam jiwa,bagai dikata saat yang dinanti pastikan tiba.Untuk menghadapinya untuk hari-hari esok ku tempuh dengan sebuah harapan berbekalkan sedikit kecekalan hati yang serba dhaif untuk terus dibimbing menuju puncak menjadi seorang guru yang cemerlang dalam mendidik anak bangsa.

Dalam situasi perjalanan yang dimamah usia ini ,tiada harapan serendah bukit bahkan setinggi langit kuharapkan bagi setiap yang bakal membimbingku kearah menjadi guru yang profesional .Ingin menjadikan diriku sebagai guru yang dihormati dan disegani,kearah membentuk generasiku agar terus gemilang dan terbilang dalam pendidikan dunia dan akhirat dalam dakapan trofi kejayaan yang membuatkan ibubapa mereka tersenyum melihat permata hati mereka menjadi insan yang berguna pada bangsa dan Negara serta tidak lalai melakukan kewajipan Allah s.w.t.

Harapan setinggi langit inilah yang ku harapkan dari perjalanan tiga purnama ini ,agar ku dapat menggali sebutir permata ilmu,menyelami mutiara dari tiram teguran-teguran yang membimbing kerana dasar ilmu itu tidak akan terselam olehku melainkan karam dilautannya tanpa ada tunjuk ajar dari yang kuharapkan.Harapan ini bukanlah impian sebuah hati ,dua mata dan satu jasad,bahkan harapan ini ku menangung dari segenap mata yang berpasang-pasangan yang selalu merenung diriku dan juga jasad-jasad yang selalu mendampingiku kerna kejayaan permata hati mereka adalah kejayaanku jua.Maka bimbinglah daku dengan batu kritikan ,tiram teguran. Hasilnya permata dan mutiara itu akan ku genggam bersama generasiku.

GURU IBARAT LILIN
MEMBAKAR DIRI ,MENERANGI KEGELAPAN.

Dusta Metropolitan



Dusta metropolitan
Merobek takhta suci,
Menghancur tulus ,terlahir hasad.
Remuk kasih, mencetus biadab
Menghenyak adab, tersebar fasad.

Dusta metropolitan.
Merobek takhta realiti,
Menukar halal , menyemat haram.
Membunuh zuhud , mengaut dirham.
Menghindar Taqarrub , menyanjung syaitan.

Dusta metropolitan
Merobek takhta alam
Menolak timur , memegang barat,
Menongkah keadilan,menyulam sesat,
Menzalimi rakyat ,membela keparat.

‘Dusta ‘ metropolitan tetap agung di takhtanya.
“Benar “ metropolitan ,memeluk tubuh ,termenung mencari sebuah kejujuran.

Simirmansayang
University of Jordan
(Faculty of Art)
Musim Bunga
12.30 pm
12.04.2001

* Puisi ini dicipta semasa kuliah pengajian falsafah ,dimana aku menghadiri kelas ini semata-mata untuk mengenali seorang pelajar buta yang selalu membahaskan tentang falsafah-falsafah imam Ghazali ,secara kebetulan lecture yang aku tidak pasti namanya yang berketurunan Al-Qudhah meminta aku menulis sajak ini dengan memberi masa selama 10 minit untuk disiapkan dan di deklemasikan di hadapan semua pelajar .Namun hakikatnya mereka tidak faham apa yang aku sampaikan selepas itu aku rasakan yang aku ini seolah-olah menggantikan kerusi Al-qudhah pada hari itu.

ZELZELE AGUSTOS 1999


Di hening subuh…
17 Ogos 1999,Jam 3.02 pagi di Bumi Turki.
Goncangan dunia murka yang Esa,
Gegaran sekelip mata,
Berukuran 7.4 Skala Richter
Di bandaraya industri Izmit,
Mengejutkan yang lena ,menyedarkan yang jaga.

Di hening subuh…
Ketika insan Turk dan Kurd masih lena dibuai mimpi,
Gegaran bumi tak diduga menjelma lagi
Balasan Tuhan mengundang untuk memperingati
Sekadar mengoncang ,kalian mati menyembah bumi.

Di hening subuh …
Jeritan ribuan Turk dan Kurd berkumandang,
Mayat bergelimpangan di jadikan tangisan ,
Peristiwa tragis ini takdir pula yang disalahkan,
“Apa salah kami?” Apa dosa kami? Wahai Pencipta sekelian alam.

Berulangkali dilafazakan ,tanpa sedari seyambara kesalahan.
Cukuplah insan Turk dan Kurd ,
Hisablah dirimu dengan apa yang dilakukan,
Agar kemurkaan yang Esa tidak lagi datang mengundang

Wahai insan di bumi Othmaniyah.
Insaflah diatas apa yang ditakdirkan,
Muhasabahlah diri kalian dengan secebis keimanan.
Ataturk yang dipuja hanya membawa kemurkaan Ar-Rahman
Idolakan Al-Fatih sebagai pujaan
Demi agamamu Islam gemilang hingga ke akhir zaman.

Simirmansayang
Tanahairku Malaysia
19.08.1999
Jam 1.00 pagi.

Gamitan Konstantinopel




Konstantinopel
Jauh di sudut sana
Kau menggamit daku
Merenung jauh di bumimu,penuh nostalgia,
Tinggalan syuhadamu.
Berdiri megah di bawah khalifah-khalifah mu.

Kini kau…Konstantinopel
Kau kini bukan lagi daulah terbilang
Bumimu kini dijajah sekularisma
Sulaman kignotif Yahudi bermaharajalela,
Modenisme ,landasan sekular Ataturk
Kau jadikan agama.

Konstantinopel
Gegaran sekularisma masih bergema
Disetiap sudut ia berada
Hijab mahkota serikandimu ,hilang di persada
Kemanakah arah Islamisasi yang hendak kau bina???

Konstantinopel
Tumpahan darah syuhada masih basah
Islam dibumimu pasti berdiri megah
Diatas satu panji satu kalimah,
Kalimah suci “lailahailallah
Laungan takbir menjadi penyaggah
Itulah harapan ,wahai bumi Othmaniyah.

Simirman sayang
(19.04.1999)
(Bait Raisi)
The Hashimate Kingdom of Jordan


*Puisi ini pernah kudeklimasikan di Majlis Hari Keluarga PMUJ pada akhir tahun 1999 dan memenangi tempat ke dua sempena pertandingan menulis sajak.

BOLEHKAH AKU??

BOLEHKAH AKU?
Bolehkah aku terus meniti ???
Dititian persahabatan ini
Yang lurus tidak kukuh pasaknya
Bukan kerana kurangnya tiang kasih saying
Bukan pula runtuh dek taufan emosional

Bolehkah aku terus meniti???
Di titian kasih itu
Di laluan kabur diselaput benci
Mencari kasih sejati
Bagaikan permata berharga
Dinilai dengan pelbagai rupa.
Bolehka aku terus meniti
Di laluan pelangi berwarna indah
Diterangi mentari untuk ke menjejaki mahabbah
Agar aku tidak tergelincir
Buat kedua kalinya.

Simirman sayang
(Bait Raisi)
13.02.1999
(The hashimate Kingdome of Jordan)

DALUWARSA

Disini tempat selepas kematian dari dunia fana...

Kekiri kekanan kepala ku berputar,
Apa yang difkikan pun tak tahu,
Serebrum dah hampir letih berdenyut mencari jawapan,
Aduh! Tenat sungguh makhluk yang bernama “jiwa”.
Kalau tak kerana dia yang berputar ,aku tak akan jadi begini.
Kalau makhluk yang bernama ‘otak ‘tak memanipulasikan
Dengan perasaan pasti hidup tak bergelumang dengan masalah.
Keatas kebawah ke depan dan kebelakang,
Mereka tetap sama menjalankan tugas tanpa henti,
Sesak nafas,tersumbat di saluran arteri hingga atrium hampir lumpuh pergerakkannya.
Aku binggung, aku buntu seketika,

Kenapa aku jadi begini?
Ah! Aku tak pasti,
Aku keliru kini,
Apa semua ini?
Perasaan takut gementar turut menular setiap inci fikiranku.
Percikan keringat mengalir laju ditubuh kesatku.
Ah! Aduh! Aku binggung lagi.
Aku mengubah haluanku ke suatu destinasi,
Dari daksina menuju paksina,
Masih tidak berubah,
Tetap begitu dan berwajah buntu,
Lidah pun sama,kelu tak bersuara.
Hairan ,otak ku berputar dan berfikir,
Kenapa boleh jadi begini,
Dari gagah terus tersungkur,
Dari ceria berganti suram,
Kotak impuls pun lesu tiada rangsangan,
Kignotif ku bagai tidak berfungsi sepatutnya,
Disuatu ketika aku terus rebah tersungkur.
Aku tahu serebelum ku tidak berfungsi,
Retina mata ku juga kabur bagaikan kabus,
Nadiku denyutan nya sudah tiada rasanya,
Aliran darah ku jua bernoktah,
Denyutan atrium pasif lakunya,
Nafasku yang bergelora hembusannya terus beralun lemah,
Perlahan-lahan meninggalkan pelabuhan pernafasan,
Rupa-rupanya tugas Izrail di ambang sakaratul maut menghias wajah.
Aku pasrah kerana ianya “daluwarsa”.

Simirmansayang
Musim sejuk
(Bait fatamorgana)
28.11.2001
7.30pm (The Hashimate Kingdom of Jordan)

Wednesday, January 9, 2008

BUKTI PENYEBARAN ISLAM DI ALAM MELAYU YANG TERDAPAT DI EROPAH.

Latar belakang kemunculan manuskrip melayu zaman hindu Buddha.

Bahasa Melayu merupakan salahsatu bahasa tertua di rantau Asia Tenggara. Bukti bukti epigrafi menunjukan bahawa bahasa Melayu sudah digunakan sejak abad ke tujuh masehi. Menurut de Casparis bahawa bahasa melayu kuno yang ditulis dalam bentuk tulisan Palava sudah digunakan oleh orang melayu di kawasan Sumetera Selatan Pendapat ini berdasarkan beberapa buah inskripsi yang tertulis padanya tahun 682. 684 dan 686.

Sejak abad pertama lagi budaya Hindu telah berpengaruh di kawasan Asia tenggara. Namun begitu pengaruh dan tamaddun Hindu di rantau ini didominasi oleh golongan atasan khususnya golongan Brahmin.Bahan-bahan yang digunakan untuk menulis manuskrip melayu pada masa itu sudah tentu bahan-bahan yang di bawa dari India. Inskripsi-inskripsi tertua yang ditemui di rantau ini, merupakan batu bersurat yang tertulis di atasnya kata-kata pujian, sebagai memperingati jasa baik tokoh tokoh silam. Bagi tujuan tersebut ataupun untuk mencatat peristiwa, mereka turut menggunakan bahan bahan lain seperti tanah liat logam dan daun nipah. Orang India telah memperkenalkan budaya menulis di atas daun tuala( yang kemudiannya dikenali sebagai lontar) di Jawa. Dari Jawa budaya menulis merebak k Nusantara. Di rantau ini tulisan di atas daun lontar dan nipah sangat terkenal. Orang melayu turut menggunakan buluh dan kulit kayu sebagai bahan penulisan.

Sebenarnya orang Melayu memang sudah lama mengenali kertas iaitu menerusi pedagang Cina tetapi dalam bentuk wang. Pada zaman Hindu Buddha mereka belum memperolehi kertas sebagai bahan penulisan.. Ketiadaan bahan penulisan pada zaman tersebut dapat dibuktikan melalui peristiwa kedatangan seorang pengembara dan tokoh agama Buddha Cina bernama I-Tsing

PENULISAN MANUSKRIP JAWI.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa sejak abad ke-15, proses penulisan manuskrip Melayu sudah berkembang dengan pesatnya dan sampai kemuncaknya pada abad ke 17. Ini disebabkan pada ketika itu penulisan yang berpusat di Acheh telah sampai ke puncak kegemilanganya. Hal ini telah dipersetujui hampir semua pengkaji manuskrip Melayu, yang samada dari Barat mahupun dari Timur Akan tetapi persoalan yang masih belum dapat dijawab ialah bilakah bermulanya penulisan manuskrip Melayu? Dan naskhah yang manakah yang dianggap tertua di dunia. Menurut de Casparis penulisan manuskrip Melayu Jawi bermula selepas tahun 1500 Sementara van Ronkel mengatakan bahawa naskhah Melayu tertua yang ditemui setakatini bertarikh tahun 1600

Pendapat Ronkel yang mengatakan naskhah melayu tertua pada tahun 1600 sudah pun disangkal oleh S. Muhammad Naquib Al-Atas. Pendapat Al-Atas juga di sangkal kerana masih banyak naskhah melayu lain dan seusia atau lebih tua daripada kitab ‘Aqaid al-Nasafi’. Misalnya sebuah naskhah Melayu yang tersimpan di Universitas atbibliothek, Marburg (Jerman) L.S Cod. H berjudul ‘sharh al-Awamil fi Bayan ilm al-Nahw’. Menurut al-Toma naskhah ini ditulis pada abad ke 13. Sebuah lagi naskhah (tanpa judul) ditempat yang sama L.S Cod. D ditulis pad abad ke –14 Manakala naskhah yang ke tiga di tempat yang sama L.S Cod E berjudul ‘Ghayat al-Taqrib’ ditulis pada tahun 1600.

Berdasarkan beberapa pendapat di atas menunjukkan bahawa naskhah Melayu tertua masih lagi wujud hingga hari ini berdasarkan kajian mutahir, naskhah melayu tertua adalah lebih awal dari tarikh yang disebutkan itu. Begitu juga tentang tarikh permulaan penulisan manuskrip melayu masih boleh dipersoalkan.