DEMIRTAS AQUARIUM
Friday, August 1, 2008
Thursday, May 22, 2008
DARI UMMU ANWAR HADI ...
Friday, May 16, 2008
SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2008
Guru…
Hari-hari yang lalu.
Kau mengajar aku.
Bermula dengan huruf ‘A’.
Itulah awal bicaraku dihadapan mu.
Guru…
Hari-hari yang lalu.
Kau pernah mengherdik aku.
Kau pernah menjentik telingaku.
Kau pernah merotan tubuh ku.
Namun Ketahuilah Guru…
Aku takut dengan herdikan mu.
Telinga ku berdesing dengan jentikan mu.
Tubuh ku pedih pabila libasan rotan mu meratah kulit halusku.
Dan aku menangis ketika itu.
Akan Tetapi Wahai Guruku…
Aku tahu…
Dengan herdikan itulah,kini aku pandai menulis.
Dengan jentikan mu itulah ,kini aku pandai membaca.
Dengan luka libasan rotan itulah,kini aku pandai mengira.
Akhirnya membuat aku tersenyum dan ketawa.
Guru…
Hari ini…
Mengingatkan aku ke atas jasa-jasa mu.
Ilmu yang menguasai mindaku,
Adalah kesinambungan perjuanganmu
Yang kini aku jua seorang ‘guru’ sepertimu.
Terima kasih ,wahai guru.
Hasil Nukilan
Ezrul Demirtas...
KEPADA SAUDARA PENULIS DAN SAHABATKU
PENCIPTA NOVEL YANG INDAH
YANG MEMILUKAN HATI INI
‘HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN’
DENGAN HARAPAN MASA KINI
TIDAKLAH MENJADI MASA TERAKHIR
UNTUK MEMBINGKISKAN PUISI HATI...
Friday, January 18, 2008
Serendang Dedaunan Hijau(NAMU)
Serendang dedaunan hijau
Asalnya sebutir benih kecil
Nampak pun tiada di mata kasar
Terbenam di timbus tanah hitam
Serendang dedaunan hijau
Remaja mu ,ditatang elok
Disiram air jernih
Santapan baja untukmu terus dewasa
Serendang dedaunan hijau
Dewasa mu berbakti
Sang pencintamu ada yang melakar sesuatu
Indah lakarannya kadang-kadang terbentuk istana
Sesegar dedaunanmu diselar kuntuman bunga
Serendang dedaunan hijau
Dewasa mu ada yang memerlukan
Berteduh ketika mentari menyinar terik
Memberi kenyang ketika ada yang lapar
Menjadi bara andai rantingmu sudah tua
Dapur si fakir menanak rezeki laparnya hilang
Sungguh Agung yang mencipta mu
Serendang dedaunan hijau
Hayat mu sudah menjamah usia
Bakti mu nilainya sama dedaunanmu yang gugur
Tidak terhitung mahkluk yang memegangmu
Lumpuhmu masih bermakna
Masih tiada yang lupa
Dan tiada yang akan lupa
Dahan mati mu dikutip sang pencinta
Dibakar menjadi abu hitam halus
Baja buat anak pohonan serendang
JASAMU TETAP BERTERUSAN
“GURU ENGKAULAH POHONAN RENDANG ITU’
(Kudedikasikan puisi ini buat semua warga pendidik Institut Perguruan Darulaman
Dan juga buat Guru pembimbing Ustazah Paudzah bt.Abd Hamid
Tuan Guru Besar En.Ahmad Hidzir b. Md Noor (Yang kini sudah bertugas di S.K Bukit Tembaga , Kedah Darulaman)
Diatas bimbingan kalian untuk saya yang bergelar pendidik kini dan juga semua Warga SKPT
(Shukran Jazilan)
Nukilan :Simirman sayang (11.30 pm)
Saturday, January 12, 2008
Dusta Metropolitan
Merobek takhta suci,
Menghancur tulus ,terlahir hasad.
Remuk kasih, mencetus biadab
Menghenyak adab, tersebar fasad.
Dusta metropolitan.
Merobek takhta realiti,
Menukar halal , menyemat haram.
Membunuh zuhud , mengaut dirham.
Menghindar Taqarrub , menyanjung syaitan.
Dusta metropolitan
Merobek takhta alam
Menolak timur , memegang barat,
Menongkah keadilan,menyulam sesat,
Menzalimi rakyat ,membela keparat.
‘Dusta ‘ metropolitan tetap agung di takhtanya.
“Benar “ metropolitan ,memeluk tubuh ,termenung mencari sebuah kejujuran.
Simirmansayang
University of Jordan
(Faculty of Art)
Musim Bunga
12.30 pm
12.04.2001
* Puisi ini dicipta semasa kuliah pengajian falsafah ,dimana aku menghadiri kelas ini semata-mata untuk mengenali seorang pelajar buta yang selalu membahaskan tentang falsafah-falsafah imam Ghazali ,secara kebetulan lecture yang aku tidak pasti namanya yang berketurunan Al-Qudhah meminta aku menulis sajak ini dengan memberi masa selama 10 minit untuk disiapkan dan di deklemasikan di hadapan semua pelajar .Namun hakikatnya mereka tidak faham apa yang aku sampaikan selepas itu aku rasakan yang aku ini seolah-olah menggantikan kerusi Al-qudhah pada hari itu.
ZELZELE AGUSTOS 1999
17 Ogos 1999,Jam 3.02 pagi di Bumi Turki.
Goncangan dunia murka yang Esa,
Gegaran sekelip mata,
Berukuran 7.4 Skala Richter
Di bandaraya industri Izmit,
Mengejutkan yang lena ,menyedarkan yang jaga.
Di hening subuh…
Ketika insan Turk dan Kurd masih lena dibuai mimpi,
Gegaran bumi tak diduga menjelma lagi
Balasan Tuhan mengundang untuk memperingati
Sekadar mengoncang ,kalian mati menyembah bumi.
Di hening subuh …
Jeritan ribuan Turk dan Kurd berkumandang,
Mayat bergelimpangan di jadikan tangisan ,
Peristiwa tragis ini takdir pula yang disalahkan,
“Apa salah kami?” Apa dosa kami? Wahai Pencipta sekelian alam.
Berulangkali dilafazakan ,tanpa sedari seyambara kesalahan.
Cukuplah insan Turk dan Kurd ,
Hisablah dirimu dengan apa yang dilakukan,
Agar kemurkaan yang Esa tidak lagi datang mengundang
Wahai insan di bumi Othmaniyah.
Insaflah diatas apa yang ditakdirkan,
Muhasabahlah diri kalian dengan secebis keimanan.
Ataturk yang dipuja hanya membawa kemurkaan Ar-Rahman
Idolakan Al-Fatih sebagai pujaan
Demi agamamu Islam gemilang hingga ke akhir zaman.
Simirmansayang
Tanahairku Malaysia
19.08.1999
Jam 1.00 pagi.
Gamitan Konstantinopel
Konstantinopel
Jauh di sudut sana
Kau menggamit daku
Merenung jauh di bumimu,penuh nostalgia,
Tinggalan syuhadamu.
Berdiri megah di bawah khalifah-khalifah mu.
Kini kau…Konstantinopel
Kau kini bukan lagi daulah terbilang
Bumimu kini dijajah sekularisma
Sulaman kignotif Yahudi bermaharajalela,
Modenisme ,landasan sekular Ataturk
Kau jadikan agama.
Konstantinopel
Gegaran sekularisma masih bergema
Disetiap sudut ia berada
Hijab mahkota serikandimu ,hilang di persada
Kemanakah arah Islamisasi yang hendak kau bina???
Konstantinopel
Tumpahan darah syuhada masih basah
Islam dibumimu pasti berdiri megah
Diatas satu panji satu kalimah,
Kalimah suci “lailahailallah”
Laungan takbir menjadi penyaggah
Itulah harapan ,wahai bumi Othmaniyah.
Simirman sayang
(19.04.1999)
(Bait Raisi)
The Hashimate Kingdom of Jordan
*Puisi ini pernah kudeklimasikan di Majlis Hari Keluarga PMUJ pada akhir tahun 1999 dan memenangi tempat ke dua sempena pertandingan menulis sajak.
BOLEHKAH AKU??
BOLEHKAH AKU?
Bolehkah aku terus meniti ???
Dititian persahabatan ini
Yang lurus tidak kukuh pasaknya
Bukan kerana kurangnya tiang kasih saying
Bukan pula runtuh dek taufan emosional
Bolehkah aku terus meniti???
Di titian kasih itu
Di laluan kabur diselaput benci
Mencari kasih sejati
Bagaikan permata berharga
Dinilai dengan pelbagai rupa.
Bolehka aku terus meniti
Di laluan pelangi berwarna indah
Diterangi mentari untuk ke menjejaki mahabbah
Agar aku tidak tergelincir
Buat kedua kalinya.
Simirman sayang
(Bait Raisi)
13.02.1999
(The hashimate Kingdome of Jordan)
DALUWARSA
Disini tempat selepas kematian dari dunia fana... Kekiri kekanan kepala ku berputar,
Apa yang difkikan pun tak tahu,
Serebrum dah hampir letih berdenyut mencari jawapan,
Aduh! Tenat sungguh makhluk yang bernama “jiwa”.
Kalau tak kerana dia yang berputar ,aku tak akan jadi begini.
Kalau makhluk yang bernama ‘otak ‘tak memanipulasikan
Dengan perasaan pasti hidup tak bergelumang dengan masalah.
Keatas kebawah ke depan dan kebelakang,
Mereka tetap sama menjalankan tugas tanpa henti,
Sesak nafas,tersumbat di saluran arteri hingga atrium hampir lumpuh pergerakkannya.
Aku binggung, aku buntu seketika,
Kenapa aku jadi begini?
Ah! Aku tak pasti,
Aku keliru kini,
Apa semua ini?
Perasaan takut gementar turut menular setiap inci fikiranku.
Percikan keringat mengalir laju ditubuh kesatku.
Ah! Aduh! Aku binggung lagi.
Aku mengubah haluanku ke suatu destinasi,
Dari daksina menuju paksina,
Masih tidak berubah,
Tetap begitu dan berwajah buntu,
Lidah pun sama,kelu tak bersuara.
Hairan ,otak ku berputar dan berfikir,
Kenapa boleh jadi begini,
Dari gagah terus tersungkur,
Dari ceria berganti suram,
Kotak impuls pun lesu tiada rangsangan,
Kignotif ku bagai tidak berfungsi sepatutnya,
Disuatu ketika aku terus rebah tersungkur.
Aku tahu serebelum ku tidak berfungsi,
Retina mata ku juga kabur bagaikan kabus,
Nadiku denyutan nya sudah tiada rasanya,
Aliran darah ku jua bernoktah,
Denyutan atrium pasif lakunya,
Nafasku yang bergelora hembusannya terus beralun lemah,
Perlahan-lahan meninggalkan pelabuhan pernafasan,
Rupa-rupanya tugas Izrail di ambang sakaratul maut menghias wajah.
Aku pasrah kerana ianya “daluwarsa”.
Simirmansayang
Musim sejuk
(Bait fatamorgana)
28.11.2001
7.30pm (The Hashimate Kingdom of Jordan)
















