Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Wednesday, September 10, 2008

NAK TIRU MACAM SAYA

Hari ini saya seperti biasa berada didalam kepenatan seketika.Sewajarnya otak saya harus berehat tetapi tugas saya sebagai pendidik ,penat itu bukan alasan untuk tidak melakukan sesuatu.
Seperti biasa tempat saya selalu bersama dengan Ustazah Hairil Nisak.Bak kata guru-guru yang lain saya "client" Ustazah Hairil Nisak sebagai pendengar masalah yang setia.Bahkan sebagai pendamai jika bertelagah dengan sesiapa.Namun pertelingkahan yang berlaku pun hanya gurauan sahaja.
Seperti biasa saya diberikan amanah kelas ganti,saya hadiri seperti biasa dan murid-murid kelas tersebut tidak begitu hairan kalau saya masuk ke kelas mereka kalau bukan waktu saya mengajar."Hmm .'Ustaz mesti ganti cikgu yang tak mai kan?.Celoteh seorang murid yang saya rasakan kebecokan mulutnya adalah betul apa yang dibicarakan.
Biasanya kelas ganti selama sejam ini saya gantikan dengan memberi kata-kata perangsang untuk mereka tidak melupakan apa tugas mereka di sekolah dan dirumah semasa bergelar seorang murid.
Selepas tamat waktu persekolahan saya melangkah kaki longlai yang rentaknya boleh dihitung dan terus tersentak dengan bunyian lagu irama nasyid Rabbani Ahlan-Wahsalan ya Ramadhan.Saya terus mencari kelibat telefon bimbit Nokia N81 saya dan membaca satu mesej yang membuatkan saya terpaku dari seorang murid ini.
"Salam Ustaz .Baju Raya Ustaz warna apa?.Saya melayani seperti biasa karenah murid ini dengan membalas mesejnya.Baju Ustaz warna coklat keemasan itu sahaja yang saya balas.Kemudian dijawabnya "hmm saya pun nak beli baju warna macam ustaz.Astaghfirullah kenapa nak sama macam saya juga?.Terpinga-pinga saya dengan keinginan anak itu.Rasa berdosa pula saya jika Ibunya tak dapat nak belikan baju yang diinginkan warna seperti baju saya.Pasti kecewa anak itu nanti.Terharu sangat dengan keinginan anak itu.
Kemudian saya disusuli pula mesej dari ibunya "Tengoklah Ustaz baju raya pun nak warna sama macam ustaz",.Apa lagi yang saya boleh nyatakan.Menitis laju airmata saya kerana murid sekecil itu menilai saya dengan pelbagai keinginan asalkan sama dengan saya.
Tiba-tiba ingatan saya melayang jauh di bumi Jordan kerana disitu jua saya mengenali Idola saya kini.Walaupun tidak sehebat beliau, namun dengan kata-kata beliau membuatkan saya lebih bersemangat ingin mengotakan setiap janji yang dicipta agar ianya tidak hancur lebur dimamah usia dan kesibukkan waktu yang sering tercipta buat saya.

No comments: