MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Saturday, August 8, 2009

KEMBARA DI BUMI SERAMBI MEKAH ADALAH SATU PERTEMUAN...(EPISOD 1)

NI GAMBAR KENANGAN SEMASA DI KOTA BHARU
SELEPAS HAMPIR 10 TAHUN TAK JUMPA
CAYALA ABG AYIN DULU KURUS JER...
SEKARANG PUN SAMER JER...HEHEHE
Sudah lama mencari, akhirnya ku ketemui, mujurlah blog sederhana bentuknya ini menemukan satu jalan persahabatan. Aku namakan "Kembara Di Bumi Serambi Mekah Adalah Satu Pertemuan". Sudah lama aku tidak menjengah saifulislam.com pasti banyak bahan cerita yang telah Abu Saif bentangkan di dalam Saifulislam .com. Kekangan masa yang aku alama sedikit sebanyak mengugat sedikit masaku untuk berblog.
Setiap kali ziarah ku ke laman itu pasti aku meninggalkan sedikit kata-kata didalam ruangan Chat box nya . Tapi kali ini aku cuma meninggalkan sedikit pesanan yang aku kan bermusafir ke Turki pada 18.8.2009. Kemudiannya aku terus matikan komputer ribaku dan terus merehatkan mata yang agak kepenatan. Esok paginya aku ke sekolah seperti biasa memang kurang bersemangat sedikit , mungkin kerana kepenatan atau masih geram dengan sikap rakan sekerja , tapi biasalah tak semua didunia ini indah belaka , Kalau cantik dipandang mata kita tak mustahil dimata org lain seringkali tidak memuaskan hati mereka.

Kebetulan pada pagi itu aku banyak masa terluang , waktu pengajaran ku bermula agak lewat, lebih baik aku edit laman blog sekolah yang sudah beberapa hari terbiar, bukan laman blog sekolah sahaja , laman blog aku sengaja juga aku buka sekadar inigin memberi ikan-ikan ku makan. Dengan tidak semena-mena aku terbaca sesuatu didalam ruangan diskusi blog ku (Anuar Fazrin: cmana la bole tjumpa azrul kt sini..hehe, sejak balik jordan ari tu mmg lost contact ngan kawan2..arap2 sihat aje ya ). Masyallah baru aku teringat akan satu nama ini. Nama yang sudah bertahun lama ku mencari , kini dia benar-benar berkunjung kelaman rumah mayaku. Ya Allah ! Abg Ayin rupanya . Wajahnya kini terbayang akhirnya mengimbas kembali kenangan yang hampir 10 tahun kusimpan rapat dalam bingkai kenangan.

Bila aku selidik kembali, Abg Ayin memang tidak meninggalkan alamat webnya didalam ruangan diskusi blogku kecuali emailnya. Dengan tidak melengahkan waktu aku terus sahaja menghantar email seberapa segera yang mungkin dan terus add kan email adress nya dalam Yahoo Mesenggerku.Alhamdullilah dalam beberapa minit sahaja kami dapat berhubung semula . Ya Allah hatiku tidak terkira gembiranya dengan pertemuan semula ini. Segala-galanya mengungkit kenangan silam semasa kami sama-sama di alam perjuangan menuntut ilmu di bumi Dataran Syam Jordan.

Kalau diimbaskan kembali sebenarnya aku pernah tinggal dengan Abg Ayin semasa di Suweileh Amman Jordan. Aku pun kurang pasti macamana kami boleh tinggal serumah , tapi seingat aku kebetulan waktu itu ramai pelajar yang telah pindah kerana tempat pengajian kami telah ditentukan oleh pihak Malaysian Student Department. Jadi ada yang pindah ke Mutah, Irbid dan sebagainya. Tapi aku Alhamdullilah ditempatkan di University Of Jordan , dan Abg Ayin memilih universiti swasta (Zarqa Private University).Dan aku sendiri pun kurang pasti kenapa Abg Ayin memilih Universiti tersebut, mungkin dia ada alasan tersendiri untuk memilih tempat pengajiannya.Dan akhirnya kami tinggal serumah yang disewakan oleh Abu 'Alak kepada kami dengan harga JD110 sebulan, lebih kurang RM616 pada ketika itu.Pada ketika itu kami hidup dengan ceria bersama dengan pelajar-pelajar pusat bahasa yang agak berumur dari Kedah dan juga Singapore.Kalau diimbaskan kembali memnag banyak kenangan manis apabila masak-memasak ni.Selalu sahaja aku di perli oleh uncle Razif dari Singapore tu.Kadang-kadang naik benggang juga aku.Dah la aku ni tak pandai masak , duduk di Malaysia pun jangan harap aku nak pegang ayam . Tapi di Jordan ni kalau nak masak asal kenyang perut sahaja tak kira lah sedap ke tidak. Giliran aku memasak pastinya aku masak "Daging Mafrum" (Daging hancur yang dibekukan) Bila dah beku tu aku hiris nipis-nipis nampak bulat-bulat jadinya . Jadi seperti biasa aku masak ikut resepi yang diberikan didalam pek mini kecil rempah untuk dijadikan rujukan masakanku.

Bila dah siap semua pastilah aku hidangkan untuk warga-warga tua kat umah aku tu hehehe Maafla sekadar bercerita dalam geram jadi aku istilahkan warga tua. Sebabnya dalam umah tu aku la yang paling muda . Jadi bila dah siap dihidangkan , apa lagi adala sebuah nyayian "Daging bulat-bulat dimasak oleh Azrul" . Daging bulat-bulat. Ish ! dengar ayat tu saja aku dah cukup terkesan naluri sensitifku ini terus merajuk tak masuk group warga tua. Sampai la aku wat keputusan yang aku ingin berpindah ke Rumah Kedah atas Souq Tulkarem di Suweileh. Dengan keputusan muktamad tu aku terus berpindah , tak bertegur sapa Ish ! Ish ! Ish ! jahatnya aku :( pada ketika itu . Aku tinggalkan Abg ayin juga ketika itu. Kebetulan aku sudah angkat semua barangku ke rumah baru dan yang akhir paling menyayat hati ,aku dengan jiwa syaitanku telah mengambil tong gas ketika mana diaorang tengah masak nasi dan ketika itu juga Uncle Razif ambil periuk nasi tu letak atas "Sobah" (Alat pemanas ketika musim sejuk dengan menggunakan minyak tanah) .Dalam hati aku pun berkata "Hmm! kalau macam tu gayanya sampai pagi esoklah jawabnya makan nasi tu".Astaghfirullah! .Betapa besarnya kesalahan ku ketika itu. Ya Allah Ampunilah hambaMu ini yang telah menzalimi saudara-saudara muslimnya.Abg Ayin Ampuni dosa-dosa Azrul ye...:(

4 comments:

The Guy said...

aisey..kenangan lama..
bila nak ada episod dua lak ni..
he..

azruldemirtas said...

hehehe ...bnyak lagi nih nak tulis...episod dua tunggu matahari esok pulak terbit...nih tengah flash back balik..Abu Alak tuh rindu sgt kat abg ayin hahahah ayai...

The Guy said...

hehe..
balik turki pun senyap gak ni..

penat sgt gamaknya berjalan2 bulan posa ye..hihi..

azruldemirtas said...

Alahai abg ayin nanti ada la entry baru tuu.. tengah siap2kan nih heheh sabar2 yer..memang letih tak habis lagi huhuhuh