MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Wednesday, August 19, 2009

KEMBARA KE BUMI JORDAN SELEPAS 5 TAHUN DITINGGALKAN





Awal benar aku sampai di Kaherah, angin Kaherah yang bertiup menyentuh kulitku membuatku terasa dingin hingga ke tulang. Langit masih lagi gelap. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Kalau diikutkan sedap aja dibuai mimpi indah diatas tilam empuk dirumah . Tapi waktu begini kakiku melangkah ke kaunter tiket transit untuk boarding ke “connecting flight” yang seterusnya dari Kaherah ke Amman.
Aku menyerahkan passport dan tiketku kepada pegawai bertugas , semacam sahaja pegawai tuh melihat ku , namun kemesraan ku berbual dalam Bahasa Arab loghat Mesir menyebabkan beliau sedikit terkedu dan cuba membantu ku sedaya upaya untuk mendapatkan boarding pass , kerana didalam passport aku memang tidak ada sebarang visa masuk atau keluar dari mana-mana negara pun , kerana diakseskan melalui sistem computer sahaja. Namun selepas urusanku dengan pegawai imigresen tersebut selesai. Aku mengucapkan “Shukran” kepadanya sambil tersenyum keriangan. Sebenarnya aku hampir 20 minit mengadap muka tuan Imigresen tu atas dasar passport ku tidak ada sebarang visa keluar masuk. Alhamdulillah ! semuanya berakhir dengan tanpa aku naik angin kepada pegawai tersebut.
Aku terus menuju ke gate yang sepatutnya aku menaiki pesawat Eygpt Air MS 719. Namun waktu yang masih seawal ini , aku terus berlegar-legar dikawasan Airport bahagian Free Duty. Boleh dikatakan cenderahati-cenderahati yang dijual harganya agak berpatutan . Tidaklah semahal yang dijangka , sekadar melihat-lihat tanpa ada rasa nafsu ingin membeli. Jenuh menunggu beberapa jam menunggu pesawat sepatutnya berlepas. Kanan kiriku pelbagai gelagat manusia yang ada. Ada yang mendukung anak kecil. Ada yang mengamuk membaling beg dari tingkat atas terus ke Escalator ke tingkat bawah terselit juga suara yang menjerit memaki hamun Si suami kepada Si isteri kerana isteri tidak memperduli Si suami yang mengendung 3 biji beg sekaligus. Gamat seketika ruangan di menunggu yang penuh dengan pelbagai ragam manusia .Aku melihat jam tanganku yang kelihatan seperti jarumnya lambat bergerak pada waktunya .Masih ada 3 jam waktu penantianku akan berakhir di sini dengan perut mendendangkan irama lagu kelaparan yang teramat sangat .
Akhirnya kelaparan itu dibunuh oleh rasa mengantuk disulam keletihan yang tidak terbatas .Aku dibuai lena tanpa disedari aku dikejutkan oleh tangisan seoarang kanak-kanak yang kehilangan ibunya yang ke tandas .
Pada jam 9.15 Pagi Pesawat Eygpt Air MS 719 terus menerbangkan beberapa orang penumpang menuju destinasi seterusnya Amman .Aku terus memilih tempat duduk ku 45K ,cukup selesa dengan hiasan dalamannya. Kota jelajah yang aku terus rindui angin tiupnya. Sudah 5 tahun aku tinggalkan bumi ini dengan kenangan yang tak pernah padam disetiap lorong-lorong kampungnya , Terutama “Suweileh”. Penerbangan sekadar 1 jam 30 minit itu tidak lah terlalu memenatkan , cuma yang memenatkan transit beberapa jam di Kaherah tadi. Aku bingkas bangun dari tempat dudukku selepas pesawat mendarat di Queen Alia Airport pada jam 10.45 pagi waktu Jordan. Hanya sekadar 1 beg galas sahaja yang aku bawa , selebihnya tiada. Aku menyusuri lorong keluar dari pesawat Eygpt Air menuju ke kaunter urusan Visa. Jelas harga visa masih belum berubah sama sahaja seperti 5 tahun yang lepas Jordanian Dinar 10 . Lebih kurang RM50 , agak tinggi bayaran visanya. Itu sahaja sumber kewangan yang Jordan boleh dapatkan sebagai salah satu dari sumber pendapatan negara . Walhal sebagai seoarang warganegara yang memegang passport bewarna merah cukup diberi visa percuma sahaja. Tapi setiap negara lain cara pentadbirannya , jadi terimalah hakikat yang Visa kemasukkan ke negara Jordan harus dibayar. Selepas selesai membuat pembayaran aku terus ke kaunter pengesahan Visa. Ada perubahan di kaunter tersebut , tapi pegawai-pegawai yang bertugas masih lagi orang yang sama , Cuma sudah nampak sedikit usia yang agak meningkat . Aku terus menuju dengan langkah yang tak lekang dek senyuman kegembiraan.
Queen Alia International Airport , sudah banyak berubah rupanya. Pembinaan terminal-terminal baru juga sudah banyak dibina , namun masih lagi dalam pembinaan. Aku bergerak keluar dari kawasan ketibaan, Mataku liar mencari sahabat yang sudah sekian lama aku tidak berjumpa Akhi Mamun Abu Jaber. Seorang sahabat berbangsa Arab Palestin yang punya prinsip dan cita-cita yang tinggi. Aku kagum dengannya sudah hampir sebelas tahun perkenalan kami , kini beliau sudah bergelar Professor Madya, tetapi keinginannya tetap ingin mendidik anak-anak dari sekolah menengah.
Sebenarnya sudah hampir 2 jam Mamun menunggu aku di Airport, disebabkan Pesawat yang aku naiki mengalami sedikit masalah , maka kelewatan itu memakan masa lebih kurang 30 minit pesawat bermula penerbangannya.
Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Akhi Mamun, perjumpaan kami kali ini memang mengubat rindu di hati kami. Selepas bertanya khabar dan sebagainya , aku terus di bawa Mamun ke Apartment yang telah disewakan selama 4 hari berdekatan dengan University Of Jordan. Namun sepanjang perjalanan dari Airport ke “Suweileh” aku lihat sudah banyak berubah ,sudah banyak bangunan tinggi yang dibina, bahkan pasaraya besar seperti Carefour pun sudah siap dibina , 5 tahun sebelum ini aku hanya melihat kawasan tanah yang dipagar dengan tulisan Carefour sahaja. Stesyen Minyak juga boleh dikatakan tiada yang seburuk seperti 7-8 tahun yang lepas, boleh dikatakan sudah cantik dan ada Car Wash dan juga kedai runcit, di luar stesyen pula terpampang Papan Tanda harga minyak mengikut pasaran harian . Hmm sudah maju sedikit Jordan rupanya, bila dilihat lagi semua pemandunya memakai tali pinggang keledar, di setiap bahagian lampu isyarat pula terpampang kamera khas bagi sesiapa yang melanggar lampu merah pasti disaman dengan harga yang ditetapkan tanpa maaf . Sudah pandai berdisiplin rupanya mereka ini sekarang.
Nombor pendaftaran kereta juga sudah berubah bentuknya dan nombornya juga bertambah . Kata Mamun setiap kenderaan wajib menukarkannya dengan harga JD30. Dan juga setiap lorong sudah ada papan tanda nama-nama lorong dan mudah untuk dicari dengan disertakan setiap bangunan di lekatkan nombor bangunan tersebut. Wah ! kalau sesat-sesat di jalanan cuma sebut nombor bangunan Insyallah dapatlah ketemui rumah yang dicari. Tidak seperti dulu jika ada tamu dari luar negara yang ingin bertandang kerumah kami tidak ada ‘’panduan” lain untuk diberi petunjuk dimana untuk dijadikan perhentian untuk kami bertemu orang yang tidak kami kenali itu . Mudah aja jawapan kami “Saudara boleh ambil teksi dari Abdali terus ke Suweileh dan berhenti di depan Masjid Abd Rahman Auf.Akhirnya Masjid Abd Rahman Auf adalah masjid pertemuan antara saudara yang jauh.
Jauh benar aku mengelamun mengimbas kembali nostalgia dahulu, tanpa disedari aku sudah pun sampai di Apartment yang disewakan Mamun. Cukup selesa dengan bayaran RM600 untuk selama 4 hari aku tinggal disitu. Segala kelengkapan sudah disediakan oleh Mamun. Rasa tidak terbalas jasa Mamun sebenarnya . Sudah banyak Mamun menolongku di zaman pengajian sehinggalah sekarang. Selepas berbual-bual aku ditinggalkan untuk berehat-rehat setelah penat seharian dalam perjalanan.
Aku cuba lelapkan mata seketika jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Namun mata ini masih tidak mahu merehatkan dirinya walaupun berada didalam keadaan letih.Argh ! Kalau begini tentu buang masa saja tanpa ada aktiviti yang dibuat detik hati kecil ku. Aku bingkas bangun menyiapkan diri untuk menjamu selera dengan “Syawarma Arabi” di Bab Syimali .Aku gelarkan kawasan ini ialah Bab Khaliji disebabkan disini terlalu ramai anak-anak jutawan negara Teluk menjamu selera disini.Selepas minikmati hidangan yang sekian lama aku rindui , Aku bersiar-siar sebentar di kawasan Bab Syimali. Banyak perubahan di kawasan ini , namun udaranya tetap seperti dulu. Aroma masakan di Restoran “Siffin” mengembalikan nostalgia ku semula.
Jauh benar perjalananku, perjalanan yang jauh ini menyebabkan aku merasakan ada sesuatu yang aku ingin lestarikan malam ini. Ya ! aku akan ke Suweileh , langsung aka dapatkan Coaster menuju ke Suweileh dengan tambang yang agak mahal 250 Fills Kalau dulu cukup sekadar 100 Fills sudah sampai ke destinasi. Aku turun di “Jisir Mushah” . Itula tempat selalunya aku turun untuk kembali ke Syuqah yang aku sewa dengan rakan-rakan yang lain.Lorong-lorong Suweileh sudah banyak bezanya . Aku merasakan baru semalam sahaja aku disini. Menyusuri lorong-lorong Suweileh menyebabkan aku menistiskan airmata sendirian. Di setiap lorong seolah-olah terbayang-bayang wajah-wajah sahabat dahulu bergelak ketawa bersama . Di depan Jamek Abd Rahman Auf jika dulu selepas solat pasti ada Penjual sayur atau buah-buahan melelongkan barang jualan mereka. Tapi kini sudah terbina bangunan gah yang ada restoran dan kedai-kedai sayur dan buah-buahan . Tiada lagi jeritan harga lelong melainkan kawasanya yang sempit menyebabkan ianya menjadi sesak.
Aku terus menyusuri lorong di hadapan rumah “Taisir” . Juga seorang tuan rumah yang kami sewa dahulu di tingkat 2 bangunannya. Bangunan itu kalau dahulu adalah bangunan baru bagi kami , tapi bangunannya kini sudah nampak sedikit usang. Bersebelahan bangunannya sudah ada Kedai Gunting Rambut lelaki. “Souq Tulkarem” sudah semakin maju , habis “Restoran Abusyi” dibeli dan diperbesarkan gudang kedainya. Rasanya Tulkarem sudah berkembang maju businesnya , kalau nak beli barang pun dah macam Supermarket. Setiap barang harus discan dahulu untuk membuat pembayaran.Aku teruskan perjalanan ku sehinggalah kaki ku betul-betul dihadapan rumah Akeel Waleed . Sahabat lama ku yang boleh dikatakan kami cukup rapat. Dulu beliau seringkali berkunjung ke rumah ku untuk menikmati hidangan juadah makanan Malaysia. Tak sangka Akeel suka makanan yang pedas . Bahkan Arab Palastin ini gemar memakan tempoyak . Aduh ! aku sendiri pun tak mampu nak menjamahnya dek kerana bau yang cukup kurang menyenangkan . Alhamdulliah kedatangan ku kali ini membuahkan hasil, aku dapat bertemu dengannya kebetulan beliau bercuti untuk urusan kerja di Jordan kerjasama dengan syarikat dari Kuwait.Rupa-rupanya sudah lama Akeel bekerja di Kuwait. Kami berbual mengimbas kembali kenangan dahulu sehingga larut malam sehingga terlupa Teh Pudina yang kami minum hampir habis ke penghujungnya. Selamat Malam Jordan untuk malam yang pertama.

1 comment:

The Guy said...

wah..
panjang betul cerita..

mana gambarnya? :D