Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Sunday, May 25, 2008

BERKASIH KERANA ALLAH...

SANG PENCINTA

Berkasih sayang itu adalah naluri yang Allah campakkan didalam setiap hati manusia.Bagi si Suami kasihnya pada si Isteri,Bagi si Anak kasih pada Ibu begitulah sebaliknya. Dan setiap makhluk pasti ada sang pencintanya.Itu lumrah kehidupan setiap makhluk yang Allah ciptakan .Subhanallah sungguh agung cintanya makhluk Allah itu kalau cinta dan kasih itu kerana Allah s.w.t.

Sepertimana Firman Allah s.w.t didalam surah al Fath ayat 29 Mafhumnya:

Allah berkata ,"Nabi Muhammad ialah utusan Allah.Dan orang -orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang memusuhi Islam .Sebaliknya ,mereka bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama mereka."

Jelas sekali mafhum ayat diatas Allah tidak membenarkan pada setiap hambaNya untuk bermusuhan bahkan digalakkan setiap makhluknya berkasih sayang antara satu sama lain dengan ada batasannya.Kerana dengan mengikut jalan Allah sudah pasti kita akan mendapat naungan Allah di akhirat kelak sepertimana yang telah direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:

Abu Hurairah pernah melaporkan ,Nabi Muhammad pernah berkata ," Ada tujuh kategori manusia yang akan mendapat naungan daripada Allah pada hari kiamat ,dan tiada naugan yang lain selain daripada naunganNya.


1) Mereka adalah pemimpin yang adil.

2)Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah .

3)Orang yang hatinya terpaut kepada masjid.

4)Dua individu yang saling kasih mengasihani kerana Allah.Kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah jua kerana Allah.

5)Lelaki yang dipikat oleh wanita yang mempunyai status kecantikan tetapi dia berkata, 'Percayalah,saya takut kepada Allah.

6)Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya ,sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya .

7) Orang yang ingat pada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis airmatanya".


Maka untuk mendapat naunganNya nanti jadikanlah diri kita dari tujuh perkara yang dikatakan oleh Rasul Al-Amin insyallah.

(Percayalah ,pada hari kiamat nanti Allah akan berkata, 'Mana dia orang -orang yang saling kasih mengasihani demi keagunganku? Pada hari ini mereka itu akan kuberi naungan ,sedangkan pada hari ini tiada naungan kecuali naunganku.") Muslim

Friday, May 23, 2008

SEBUAH ILUSTRASI POTRETKU BY MR IDHAM

GAMBAR ASAL...

HASIL SEORANG SENIMAN...

Ini adalah potrait kedua tempahan En Azrul dari Jitra Kedah. Potrait berukuran A4 menggunakan pensel. Foto beginilah yang sesuai untuk potrait bersaiz kecil dan sederhana.Untuk makluman anda bahagian wajah adalah mengambil masa yang paling lama berbanding bahagian lain. Bahagian kedut baju dan bahagian rambut tidak ambil masa yang lama kerana penelitian yang sederhana sudah memadai kerana ia tidak langsung menjelaskan apa-apa jika diukur dari sudut kesamaan antara foto dan lukisan. Nampak mudah tetapi ambil sedikit masa juga tetapi mudah menentukan peletakkan (fix) dalam kertas dan lighting effect kerana foto ini sudah memberikan semua itu. cuma tiru sahaja.Cuba lihat pada pipi kanan terdapat sedikit tompok garisan. Sebenarnya tanpa saya sedar, semasa sy scan potrait ini, saya tersentuh lukisan tersebut dan berlaku perkara sedemikian. walaubagaimanapun saya sudah membaiki potrait itu semula. Ini beri pengajaran bahawa apa sahaja kerja yang kita lakukan perlu berhati-hati dari awal hingga akhir.Cuba perhatikan garisan pada kawasan gelap dan kawasan terang (pipi umpamanya). kelihatan kawasan gelap bergaris-garis, ini kerana penggunaan pensel gred tinggi (5B atau 4B) akan memberikan kesan sedemikian) saya tiada pilihan lain dan sedang cuba membuat penelitian dan membuat kajian sedikit untuk perbaikinya. Saya lihat ini adalah masalah biasa yg perlu dihadapai oleh pelukis profesional. Ini bukan masalah besar jika menggunakan saiz lukisan yag besar. Saya hanya guna A4, masalah sikit dan perlu lebih teliti.
By Mr Idham.
Potret ini sampai ketangan saya pada 24 Mei 2008 11.35am

Thursday, May 22, 2008

SAMBUTAN HARI GURU...S.K.P.T 2008

Hmm...bagi saya tahun ini adalah hari guru yang paling bermakna buat saya...Satu kelainan yang berbeza dari sebelum-sebelum ini dengan pelbagai gimik dan sebagainya membuatkan saya masih lagi ingin didunia ini...Apa lagi saya hendak katakan inilah sebuah kepuasan yang tak akan saya lupakan sepanjang kehidupan yang akan saya terus meniti membesar bersama-sama dengan generasi akan datang dengan membentuk diri saya ke arah yang lebih matang dalam dunia pendidikan.

DARI UMMU ANWAR HADI ...

(ISTIMEWA BUATMU DI HARI GURU...)
Rahsia Di Sebalik Namamu
Yang Indah...
A= Akhlak yang terpuji..
Z= Zahir yang sejahtera.
R=Rajin mendidik anak bangsa..
U=Umur yang diberkati
L=Luhur budi pekerti...
Istimewa buatmu insan bergelar guru...
Padamu guru...
Tiada terkira budi dan jasa berbakti setulus hati
Sabar dan tenang
Melayani karenah kami
Berbekalkan ilmu yang dipelajari dikolej dan universiti
Kau mendidik kami agar tahu menghargai ilmu tanpa jemu
Kaulah guruku yang amat dedikasi
Mengajarku erti hidup berdikari
Disini ku berjanji
Budi dan jasamu takkan dilupakan
Bersama serumpun doa kami pohonkan
Kehadrat ilahi
Bahagialah hidupmu
Didunia dan akhirat nanti
Hanya bingkisan ini kupersembahkan
Sebagai kenangan
Daripada: Anwar Hadi b. Romli
Terharu saya dengan karangan puisi Ummu Anwar ini,Hadiah Hari Guru yang bermakna buat diri saya pada tahun ini...Tiada ungkapan bicara setulus hati yang saya dapat zahirkan dengan setitis airmata Terima kasih saya titiskan...

ULASAN SEORANG SENIMAN (IDHAM)

GAMBAR ASAL...

APABILA DIPOTRETKAN...
Pada pengalaman saya, ini adalah perletakkan dan posing yang sesuai dijadikan potrait. Saya amat mengemari foto ini ini kerana mempunyai variasi hitam dan gelap yang menyerlahkan gambar tersebut. Lighting yang cukup sesuai. Mungkin gambar ini diambil dari studio. Saya amat mengemari kedut pada pakaian, jika gambar tersebut banyak kedutan saya amat mengemarinya kerana kedutan itu akan memberikan 'mesej' kepada realistik potrait itu.Tahap kesukaran adalah sederhana. Latar belakang saya guna warna merah tetapi saya sedikit kurang berpuashati kerana merah tersebut telah 'tenggelamkan' sedikit potrait ini. saya rasa biru pekat lebih sesuai. walaubagaimanpun merah mempunyai makna tersendiri mengikut penilaian individu. Pada wajah, saya cukup berhati-hati kerana pensel kaler tidakmudah padam, jadi mukanya mempunyai kawasan terang yang lebih dan kawasan bayang yang gelap jadi ia sedikit sukar dan perlu ketelitian.
By:Idham Xpression™

.

Wednesday, May 21, 2008

MENJELANG SAMBUTAN HARI GURU S.K.P.T 2008

SELAMAT HARI GURU...
BUDI DAN JASA...
PERGORBANAN,KASIH SAYANG,DAN APA SAJA YANG DILAKUKAN...
DEMI MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSAMU...

MENGAJAR ANAK-ANAK MENGENAL TUHAN ,ALIF,BA,TA DAN SEGALANYA...
DARI SEORANG KANAK-KANAK YANG TIDAK MENGERTI APA-APA...
KINI ANAK ITU SUDAH PANDAIMENGAJI,MEMBACA JAWI,MEMBACA DOA DAN MENJADI IMAM SEMBAHYANG...

CIUM TANGAN IBU,CIUM TANGAN AYAH DAN DIDOAKAN KEDUANYA...

MAK BILA BESAR NANTI NAK JADI MACAM USTAZ...
MENGALIR AIRMATA SEORANG IBU...
BERKALI-KALI NAMAMU DISEBUT...USTAZ AZRUL

SEMOGA ALLAH MEMBALAS SYURGA BUATMU DI AKHIRAT...

AMIN...


Termenung saya bersendirian...Membaca mesej puitis ini..terharu dengan linangan airmata...bukan saya tidak pernah mencubit anak waris ini...pernah juga saya merotannya ...semuanya dengan keizinan dan keredhoan ayahanda dan bondanya tercinta untuk mendisiplinkan anak mereka
Tersentuh hati ini andai anak ini ingin menjadi seperti gurunya...kalau tidak pun menjadi orang berguna....Doaku buat anak-anak ku sekelian ...berbaktilah pada Ayah dan Ibumu dengan dengan tangisan kegembiraan kejayaan...

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2008

MEMORI BERSAMA GURU


Guru…
Hari-hari yang lalu.
Kau mengajar aku.
Bermula dengan huruf ‘A’.
Itulah awal bicaraku dihadapan mu.

Guru…
Hari-hari yang lalu.
Kau pernah mengherdik aku.
Kau pernah menjentik telingaku.
Kau pernah merotan tubuh ku.

Namun Ketahuilah Guru…
Aku takut dengan herdikan mu.
Telinga ku berdesing dengan jentikan mu.
Tubuh ku pedih pabila libasan rotan mu meratah kulit halusku.
Dan aku menangis ketika itu.

Akan Tetapi Wahai Guruku…
Aku tahu…
Dengan herdikan itulah,kini aku pandai menulis.
Dengan jentikan mu itulah ,kini aku pandai membaca.
Dengan luka libasan rotan itulah,kini aku pandai mengira.
Akhirnya membuat aku tersenyum dan ketawa.

Guru…
Hari ini…
Mengingatkan aku ke atas jasa-jasa mu.
Ilmu yang menguasai mindaku,
Adalah kesinambungan perjuanganmu
Yang kini aku jua seorang ‘guru’ sepertimu.
Terima kasih ,wahai guru.
Aku bangga kini dirimu adalah diriku ...

Hasil Nukilan
Ezrul Demirtas...
Kudedikasikan puisi ini buat Ayahanda-ayahanda dan Bonda-bonda 'guru'
Sek. Kebangsaan Kepala Batas
Jitra Kedah
Darulaman
(1985-1990)
Sek Men Agama Al-Maahad Ad-dini
Maktab Mahmud
Alor Star Kedah
Darulaman
(1991-1992)
Maktab Mahmud Alor Star
Alor Star Kedah
Darulaman
(1993-1996)

Dan Seluruh Warga
S.K.P.T
(2006-2008)



KEPADA SAUDARA PENULIS DAN SAHABATKU
PENCIPTA NOVEL YANG INDAH
YANG MEMILUKAN HATI INI
‘HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN’
DENGAN HARAPAN MASA KINI
TIDAKLAH MENJADI MASA TERAKHIR
UNTUK MEMBINGKISKAN PUISI HATI...