Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Wednesday, June 10, 2009

PERGORBANAN DAN KASIH SAYANG







Setiap kali bertemunya jalan cuti sekolah , aku sudah gusar memikirkan arah perjalananku yang biasanya aku sibuk dengan kerja - kerja sekolah. Namun sebagai penutup hari persekolahan pada kali ini. Seperti biasa saya mengadakan sedikit jamuan perpisahan bagi murid-murid yang melibatkan diri dengan persembahan nasyid,bacaan doa dan juga bercerita sebagai terima kasih saya dalam menggunakan waktu mereka bersama ayah, ibu rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang saya rasa saya mencuri waktu mereka.
Namun ketika majlis ini dinikmati dengan penuh keriangan . Anuar Hadi terus menyapa "Ustaz bukalah hadiah pemberian dari seorang yang misteri tu". Terus saya menoleh ke arah hadiah tersebut dan mencapainya terus saya bukakan hadiah misteri tersebut. Alangkah terkejutnya saya puisi yang saya cipta sempena Hari Guru tahun ini telah dikadkan dengan begitu cantik dan ianya untuk dihadiahkan kepada murid-murid yang terlibat dalam nasyid,bacaan doa dan juga bercerita. Dimana mereka ini adalah dibawah tanggungjawab saya. Tidak ada lagi bicara dari mulut saya melainkan titisan airmata diatas penghargaan semua ini untuk saya.Shukran ummu Anuar Hadi.

Wednesday, May 6, 2009

HIDUP PENUH PERMINTAAN



Sepanjang saya mengenali dunia pendidikan, pelbagai gambaran masyarakat yang saya kenal. Kadangkala pengenalan yang telah ditentukan ini menjadikan saya lebih tabah untuk menghadapi kehidupan yang seterusnya. Namun terdetik dihati saya ingin mencoretkan sedikit cerita yang memang "Kehidupan Ini Penuh Dengan Permintaan". Bahkan setiap permintaan itu ada pada setiap manusia. Jangan kita lupa biasanya tempat yang kita selalu meminta pertolongan iaitu kepada Allah S.W.T. Apalah daya kita semua untuk menentukan takdir kehidupan. Namun kesusahan hidup yang Allah ganjarkan kepada kita ,adalah sekelumit ujian yang sekadar untuk menguji keimanan kita. Bahkan kesenangan yang diberikan kepada kita adalah alat pengukur untuk kita bersyukur dengan nikmat yang diberi.
Sebab itu dalam kehidupan perlunya ada sifat bantu-membantu antara sama lain. Bahkan jangan menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Sepertimana yang terdapat didalam Hadis Nawawi berkata Abu Zar Al-Ghifari : Nabi Muhammad pernah memberitahu berkenaan dengan apa yang disampaikan oleh Allah S.W.T , bahawa Dia berkata , "Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya aku mengharamkan diriku daripada berlaku zalim dan aku haramkan kamu melakukan kezaliman. Oleh itu , janganlah kamu saling zalim-menzalimi sesama sendiri.
Sanggupkah saya hidup didalam kesusahan yang seringkali saya tanya pada diri saya?. Pastinya saya tidak mahu kembali kezaman silam saya yang penuh dengan kehidupan yang cukup jauh berbeza dengan kehidupan saya sekarang. Syukur ! pada Mu Tuhan kerana memberikan aku nikmat kehidupan ini. Namun walaupun dengan kehidupan yang seperti ini pun saya masih lagi tidak lari dari sebarang "Permintaan". Kadang-kadang perkara ini berlaku : Kak Nisak ! "Tolong saya poskan surat ini boleh tak?. Beliau adalah salah seorang rakan sekerja saya yang banyak membantu didalam pelbagai aspek. Hmmm bila difikirkan kembali saya seringkali meminta Ukhti ini untuk menolong saya dalam pelbagai aspek terutama bab mengepos surat. Kenapa saya tidak boleh pos sendidri ke?. Tapi mungkin itu kebiasaan bagi saya meminta tolong dari seseorang. Tapi apakan daya kita sebagai manusia , memang tidak lari dengan permintaan. Cumanya setiap darjat dan taraf kehidupan membezakan cara kita meminta pertolongan. Namun pertolongan Allah itu yang paling utama.
Sepertimana yang terdapat lagi dari petikan buku imam Nawawi : Wahai hamba-hambaku , kamu adalah orang yang lapar , kecuali orang yang aku beri makan. Mintalah makanan daripadaku supaya kuberi kamu makan. Itulah janji Allah kepada hambaNya yang menjanjikan dengan "Permintaan " maka Ia akan "Memberi". Jadi untuk renungan bersama Ingatlah hidup kita penuh dengan permintaan. Jika ada yang meminta berilah seikhlas hati, jika tidak banyak pemberian , moga-moga yang sedikit itu akan meringankan bebanan bahu yang memikul. Amin.




Monday, March 16, 2009

KENANGAN TERINDAH

4 SAUDARA

MERENUNG DALAM KEDASAR ...

KENANGAN TERINDAH...

SAHABAT SEJATI...

NAMPAK UFO KA AI...

KAMI PUN RASA CAM NAMPAK JUGA...

MODEL KUALA PERLIS...
(TUNANGAN ORG,LAKI ORG,PAKWE ORG)

GAMBAR PALING ABSTRAK HEHE

HAPPY JER KAMI NI YERK CAM TAKDER MASALH JER...

Cukup istimewa rasanya hari ini.Bukan senang untuk mencari ruang waktu yang bisa dihabiskan bersama rakan-rakan.Apatah hubungan kami bukan setakat rakan bahkan seperti saudara kandung sendiri.Ruang waktu yang ada, jarang sekali kami dapat berkumpul begini kerana kesibukkan waktu yang tak bisa diurus sendiri melainkan ada perancang Yang Maha Hebat penentu segala.Akhirnya ada jua ruang waktu yang bisa kami bersama untuk melepaskan sedikit tekanan .
Chewah tiba-tiba pulak ayat-ayat diatas tu cam bermadah pulak.Tapi sebenarnya aku nak luahkan rasa keseronokkan bila bersama-sama teman sememangnya dah lama mesra.Tak kisah lah tak berjalan jauh pun cukup ajer kami ke Kuala Perlis...Aku ,Bad nuat dan Dik yuih..kami sama-sama jadi model shoot with my new camera canon yang agak canggih jugak lah..so disini aku nak semadikan gambar2 yang kami shoot dengan penuh kegembiraan , rasa tak pernah lagi la sehappy ini.Bahkan mereka2 ini lah orang kuat di majlis pertunanganku pada 12 Rabiulawal tempohari...so this our happy pictures for this year...Just far from Johor but near in our house...hehehe ...yerla Jitra ke Kuala perlis jauh mana BEB????? Lu fikirlah sendiri hehehe.

Monday, March 9, 2009

12 RABIULAWAL 1430 HARI PERTUNANGANKU




Sudah sekian lama saya pendamkan hati jiwa raga saya yang selama ini terhimpit dek tekanan yang cukup getir buat saya dalam pemilihan jodoh. Apatah lagi sindiran itu semuanya datang dari darah keturunan sendiri, cukup bisa telinga saya mendengar apatah lagi kalau ianya dari mulut dari hati yang kita sayang . Tapi sindidran itu kadang-kadang membuatkan saya tidak putus asa memilih jodoh saya sendiri.
Biarpun hakikatnya sudah ramai berkecil hati dengan saya kerana saya tidak memilih untuk menjadi pasangan hidup saya dari mereka yang cuba merisik untuk memberikan saya pasangan hidup. Apatah lagi cemuhan itu selalu berulang kali mengatakan saya ini adalah seorang yang cukup cerewet didalam pemilihan jodoh.Ya ! mungkin saya begitu,ataupun lebih dari itu. Cemuhan itu saya ketepikan lagi…
Namun selepas saya mengenali seseorang yang hakikatnya sudah lama Hamba Allah ini meminta saya untuk berkenalan dengan 'Si Dia'. Akhirnya saya ketemui jalan yang buntu ini dengan merungkai segala kekusutan hidup yang ada. Walaupun didalam seminggu dua ini saya mempunyai pelbagai masalah di tempat kerja. Cukup membuat saya teruji dengan lontaran ujian yang saya terima.Akhirnya saya terrima lontaran itu dengan pandangan positif bekerja yang mengambil masa begitu lama untuk saya terimanya. Jesteru itu saya terus membuat pilihan untuk bercuti di hotel Bella Besta Langkawi bersama sahabat susah senang saya Akhi Anwar.Kami berdua menimpa nasib yang sama 'tekanan bekerja' dan keputusan kami untuk bercuti di Langkawi adalah satu tindakan yang betul .Dan akhirnya kami menemui ketenangan disana.
Hari ini 12 Rabiulawal mengikut tahun hijri sudah cukup dikenali tarikh ini dengan kelahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W .Dan dengan tarikh ini juga saya membuat keputusan untuk melakukan perjanjian ikatan pertunangan dengan wanita pilihan hati saya iaitu Nurlina bt Mohammed Noor . Perkenalan agak singkat selepas kedua Bonda dan Ayahanda kami berdua pulang dari Tanah Suci Makkah pada tahun lalu. Mungkin doa mereka dimakbulkan membuatkan pintu hati kami terbuka untuk mengikat tali janji ini sebelum diijabkabulkan .Bila????....Hari itu pasti akan datang jika umur kami Allah tambahkan hari dan tahunnya .Usia sebenarnya, tidak semakin panjang tetapi semakin pendek cuma doa kerabat termakbul akhirnya usia ditambah. Akhirnya hari ini sudah terjawab sudah persoalan yang timbul siapa jodoh saya??? Akhirnya dialah pilihan hati saya. Ya Allah syukur ku kini pada Mu kerana kehidupan ku ditambah kebahagiaan yang telah engkau kurniakan.

Tuesday, January 13, 2009

SALAM PEMBUKAAN...






Hmm salam pembukaan tahun baru 2009.Wah! tahun baru dah lama bermula ,kini baru aku sempat gerakkan jari jemari untuk menaip semula.Hmm maklum juga lah ,sekolah cuti terlalu lama membuatkan aku juga terlalu jarang buka sidang di dunia tanpa semadan ini.Hmm tengok sajer gambar diatas .Itu lah gambar terbaru aku..hmm semakin tembam kata orang ramai hahahaha.So aper2 pun kepada semua pengunjung laman ini salam terima kasih saya ucapkan disepanjang sokongan anda didalam membangunkan laman blog ini.:)

Tuesday, December 2, 2008

BISA SEPERTI ORANG BUJANG...LAGAKNYA SEPERTI UDAH ADA ISTERI...

SARAPAN PAGI
MAKAN MALAM

MAKAN TENGAHARI

Sudah 2 minggu Bonda dan Ayahanda berangkat ke Tanah Suci menunaikan rukun Islam yang ke 5.Aku seperti biasa diamanahkan untuk menjaga rumah.Wah! sudah bujang maka bertambahlah kebujangan ku selama 42 hari.Tapi kehidupan aku sebenarnya sama sahaja.Aku bisa kembali seprtimana aku di Jordan dahulu.Pernah aku keseorangan,dan hidup aku berjalan seperti biasa.Cuma kali ini cuti sekolah aku pun berehat panjang nampak gayanya.
Sebelum keberangkatan Bonda ke Mekah seringkali aku diingatkan supaya menjaga dapurnya,ruangtamu dan sebagainya.Sebenarnya tiada masalah buat aku untuk semua itu.Bangun pagi rutin ku juga seperti bonda kini.Menyapu,mengemas dan menyediakan sarapan pagi semuanya untuk diriku sendiri.Ya la sebelum nih semunya mengharapkan mereka sahaja lakukan,sedangkan aku sibuk dengan urusan ku sendiri.Tetapi ini semua mengajar aku untuk terus hidup.Kalau tetamu yang hadir ke rumah ,jika aku hidangkan makanan pasti mereka sangka aku ada Isteri yang menyediakannya .Walhal itu semua aku yang bikin sendiri...Mampukah bakal isteri aku lakukan masakan-masakan seperti yang diatas???...Hmm kaum hawa sekarang sukar untuk ditafsirkan dengan ilmu masakan melainkan dengan ilmu menghias diri sahaja yang harus diberi markah."Aku menggeleng kepala sukar mencari Sang Hawa yang hidungnya terhidu air masakan tangannya sendiri"



Saturday, October 25, 2008

SYAWAL DI PENGHUJUNGNYA...



Sekejap saja masa berlalu,pejam celik,pejam celik Syawal jua kini akan meninggalkan kita.Mungkin tercatat pelbagai memori Syawal.Ada yang masih rindukan Ramadhan dan tak kurang jua yang sedikit terkeluh di hati "Fuhh!!! lega dah raya dah pun".Biasalah ayat-ayat itu sudah terbiasa dengan mereka yang cukup liat dengan amalan-amalan di bulan Ramadhan.Bukankah Ramadhan itu selalu mengajak kita untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah.Namun dengan tinggalnya Ramadhan sekurang-kurangnya dapat juga kita berpuasa di bulan Syawal.Tapiiii tahun ini aku pula tidak dapat menunaikannya.Gara-gara terlalu banyak sangat rumah terbuka yang harus aku hadiri.Semuanya sahabat-sahabat lama yang dah lama tak jumpa.Jadi aku terpaksa memenuhi kehendak sahabat.Sekurang-kurangnya mereka tidak berkecil hati.Selamat tinggal Syawal ,harapanku dipanjangkan umur ku untuk bertemu mu kembali Ya Ramadhan dan Syawal.Amin.