Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Sunday, February 10, 2008

Mendidik tidak kira ketinggian 'Ijazah'





Hari ini saya mendapat satu msg dari nombor yang saya sendiri tidak pasti datangnya.Terlalu misteri hidup saya kini.Nombor saya yang saya jarang-jarang berikan kepada sesiapa sahaja tiba-tiba terdapat msg yang berbaur... hmmm saya sendiri tidak pasti nak maksudkan apa???.Tapi jelas sekali pengirim msg seperti tidak bersetuju dengan karier saya sekarang ini.Msg nya berbunyi 'Tuan Sheikh anta tak rasa rugi ker,belajar tinggi-tinggi balik mengajar sekolah rendah sahaja,suatu penghinaan bagi graduan Timur Tengah tau tak!!!.Saya merasakan ayat biadap ini sebagai gurauan minda saya sahaja.Bukan senang hendak mendidik umur anak-anak yang baru hendak mengenali dunia apa itu 'Alif Ba Ta'.Apatah lagi setiap hari anak-anak murid saya ini tidak lagi berkata 'Selamat Pagi Ustaz'. Tapi sudah bermula dengan صباح الخير .Itukan sudah satu perubahan?.Mana ada dizaman persekolahan saya dahulu menyebut perkataan-perkataan syurga ini.Bahkan setiap hari 'Good Morning sir' .Perkataan-perkataan itu saya kenali semasa saya berumur 13 tahun di Sek Men. Agama Maahad Addini di Alor Star.Mujur lah saya mengais Ilmu disitu.Kalau tidak saya tidak akan tahu langsung apa yang anak-anak murid saya sebutkan tadi,sebenarnya mereka beruntung satu hari nanti kemana sahaja mereka akan pergi, bahasa syurga ini akan tetap disanubari mereka.

Diwaktu rebung ini lah yang perlu kita semaikan kepada mereka serba sedikit ilmu yang ada.Mungkin pengirim msg itu tidak perasan ada lagi dikalangan sahabat-sahabat dari Timur Tengah yang masih lagi bergoyang kaki di rumah menyelak sijil bangga dengan markah setinggi KLCC asyik menuding jari golongan siswazah yang seperti saya menjadi pendidik kepada anak-anak hingusan ini.Hmm saya tidak merasakan apa-apa dalam hal ini ,kerana saya dapat rasakan yang saya juga adalah pemberi ilmu biarpun sekelumit tapi di mata Allah pasti ada nilainya,Daripada dia bergelar seorang 'profesor' tetapi ilmu yang disampaikan hanya menunjuk-nunjuk bahawasanya dia adalah seorang pemberi ilmu bagi golongan kelas atasan sahaja.Ingatlah kita semua asalnya dari bawah bukan terus mengapai awan yang tinggi akhirnya membuatkan kita terjatuh dan tidak terus bangun lagi.Ingatlah biar apa pun status anda dalam bidang pendidikan rezeki yang Allah letakkan itu adalah Amanah ,Walaupun dihari itu saya tidak mengajar anak-anak murid saya perkataan باب yang bermaksud 'pintu' di mata Allah saya sudah alpa dengan amanah yang diberikan.Apatah lagi anda yang dikatakan banyak ilmu dari saya (Pengirim sms) meninggalkan kuliah di setiap fakulti yang memerlukan anda dan anda tinggalkan pengajian itu dengan komitmen yang lain hitunglah jumlah ilmu didalam kitab-kitab yang ada sebesar mana amanah yang anda tinggalkan.Sedikit keluhan juga dari Abu saif di laman web nya tentang perkara ini.http://saifulislam.com/?p=1618

4 comments:

Asyraff Hafdzan said...

ingat camni je la abg azrul...

Ilmu yang diajar pada kanak2, mereka akan gunakan bertahun2 hatta mungkin sampai mereka mati....tak kiralah bahasa arab ke, math ke sains ke...alif ba ta ke...

kalau ilmu yang diajar oleh lecturer pula, belum tentu akan digunakan selepas kerja, belum tentu juga akan lekat ingat sampai mati, sebab pepatah arab kata, menuntut ilmu ketika kecil umpama mengukir di atas batu, menuntut ilmu ketika dewasa, umpama mengukir di atas air...

penuntut universiti, tidak mungkin menggunakan kesemua ilmu yang diajarkan oleh pensyarah. berbanding pelajar sekolah rendah, setiap basic ilmu mereka akan digunakan sampai bila2...

takkan jatuh punya taraf penuntut ilmu timur tengah kalau ajar sekolah rendah. yg penting niat ikhlas. :)

good luck...

azruldemirtas said...

debab_comel ..thanks yer atas comment yang diberi...Insyallah berkat doa sahabat2 semua akan diberi kekuatan untuk meneruskan setiap perjuangan menddidik anak bangsa..

Along Arman said...

salam..
urm.. cEkgu rupanya.. :)
sapErla yang biadap sgt anto msg camtu yEr..
mungkin diE dEngki..
biasalah tak blEh tgk org sEnang..
apa-apapun.. awk tEruskan pErjuangan awk dengan tabah...
jangan pEduli pandangan org lain..
yang pEnting keikhlasan dalam mEndidik anak bangsa kitEr.. :)

azruldemirtas said...

Hehehe dah tau lah saye nih cikgu..hmm begitulah nampak gayanya..nak kata dengki pun tak tahulah along maybe jugak kot..tapi sekrg sy dh buat tak kisah dgn msg2 tuh sume...Thanks sudi bagi komen kat sini