Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Friday, May 9, 2008

CATATAN PERJALANAN KE KOTA ISKILIP (CORUM,TURKI) EPISOD 1

PEMANDANGAN KOTA ISKILIP
DARI PUNCAK TINGGI TURK BABASI
MENUJU KE BANDAR CORUM SEMPAT SINGGAH

DI KEBUN BUNGA MATAHARI

BERKELAH BERSAMA DEMIRTAS FAMILY DI ISKILIP

Antara hati yang cukup berat untuk meninggalkan Ankara ,aku terpaksa jua melangkah kan kaki ke bumi Iskilip.Perjalanannya memakan masa hampir 4 jam.Memang hati ku cukup kurang teruja untuk melangkan kaki ke bumi itu kerana aku merasakan tidak enak bila ingin berjauhan dengan Tugrul,kerana aku masih belum menunaikan janjiku terhadapnya.Namun aku berharap aku dapat menunaikan janjiku sekembalinya aku dari bumi Iskilip kelak.Perjalanan yang memakan masa selama 4 jam bagiku tidak lah terlalu memenatkan berdasarkan pengalaman ku dalam bermusafir ,tetapi keadaan struktur jalanraya yang tidak teratur menyebabkan aku terlalu letih dan terasa sedikit kepenatan.
Daripada jam 7.00 petang sehingga jam 11.00 malam hatiku memang terasa sedih dan banyak berfikir tentang Tugrul .Aku terpaksa akur dengan kata-kata Orhan kerana keluarganya banyak berjasa terhadapku ,kerana itu aku tidak dapat menolak permintaan Orhan untuk aku menggantikan tempatnya sebagai “anak” kepada Baba dan Anne.Namun dalam keadaan fikiran ku yang cukup serabut aku cuba juga untuk mengembirakan hatiku ini ,namun segala-galanya terubat dengan gurauan Baba dan Anne yang tidak putus-putus berjenaka membuatkan hatiku terhibur sejenak.Melihat gelagat Baba dan Anne aku dan Mekbule isteri kepada Orhan yang baru seminggu dinikahinya membuatkan kami tertawa riang kegembiraan.Aku sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana suasana Bandar Iskilip .Mengikut kata Baba pemandangan dibandar Iskilip cukup tenang dan menyejukkan mata dan tidak sesak sepertimana Ankara dan Istanbul.
Tepat jam 7.30 petang kami beristirehat sebentar di pinggiran jalan untuk menikmati hidangan makan petang merangkap makan malam .memang Anne antara yang gemar memasak dan diantara kami dia lah yang kuat makan sambil itu aku bergurau dengan Anne .”Anne ni asyik makan je,cuba kalau tak makan banyak-banyak tak boleh ke”.Anne terdiam sebentar dan mata birunya melirik seolah mencari sesuatu yang boleh dijadikan “Sopa” (Rotan).”Ha ! ini dia yang Anne cari , Ezrul ! awak kalau makan tak berleter boleh tak ,kalau Anne tak makan banyak-banyak ,mana ada tenaga lepas tu siapa yang nak buat ‘Gul Tatli’ dan makanan-makanan yang lain’’.sambil ditangannya menghayun ‘Sopa” ke belakang ku.Aduh ! Anne saya bergurau sikit Anne dah marahkan saya”.jawabku dengan nada yang agak manja bagaikan si budak kecil.Memang sudah menjadi lumrah sekiranya ketika menatap makanan akulah yang dibuli Anne untuk habiskan makanan yang disediakan.
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami lagi,hatiku masih lagi tetap bersama Tugrul entah kenapa aku masih lagi bersalah terhadapnya.Mungkin kerana aku sudah berulang kali berjanji dengannya untuk meluangkan masa cuti ku kali ini bersamanya ,namun aku mengalami dilema dalam mengikut dua keluarga yang dikasihi. Perjalanan masih lagi belum terhenti ,van yang dipandu oleh Baba meluncur laju kerana untuk mengejar masa yang agak lewat untuk sampai ke destinasi kami Bandar Iskilip.Tepat jam 11.00 malam kami tiba dibandar Iskilip yang terletak hampir 50km dari Bandar Corum.Mungkin akulah orang Melayu pertama yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Iskilip ini.Bila ku lihat bandarnya memang tak ubah seperti Bandar ‘cowboys’.Namun aku tidak pasti dengan keadaan Bandar Iskilip ini kerana suasana malam yang cukup gelap gelita membuatkan aku tidak dapat mentafsirkan Bandar ini dengan lebih terperinci.
Selepas sampai sahaja di Bandar Iskilip kami terus pergi ke rumah pihak pengantin lelaki,aku sendiri tidak pasti siapa mereka namun aku dapat rasakan ianya seperti sepupu Baba dan mungkin tuan rumah mengetahui kami agak lapar terus kami dihidangkan dengan ‘Dolma Peper’(Nasi yang di masak dalam cili),’Ayran’(Susu masam),’Yaprak’(Nasi yang disalut daun anggur).Dan sememangnya perut kami berkeroncong dari tadi lagi kerana selepas makan petang tadi kami hanya berehat sekejap untuk menunaikan solat Maghrib sahaja .Dengan hidangan tersebut aku lebih menggemari Yaprak dan Dolma Peper manakala Ayran aku tidak dapat menghirupnya bukan kerana kemasamannya tetapi memang dari kecil tekak ku susah hendak menerima bahan-bahan tenusu untuk ditelan.Setiap mata memandang aku dengan keadaan yang pelik,mungkin tidak pernah melihat wajah yang berkulit gelap dan bermata agak sepet menziarahi kerumah mereka sebelum ini.Dan ketika aku sedang enak bersantap dengan Baba ,tiba-tiba aku terdengar suara menjerit memanggil namaku ‘Ezrul Canim nerdesin??
Hmm suara Ali rupanya yang bertanyakan dimana aku? Dan aku menjawab dengan selamba didalam bahasa Turki yang aku kurang pasti tatabahasanya betul atau tidak namun aku tetap berusaha untuk bertutur…”Ben mi? ben once yolunda canim” Simdi buradayim.Maka yang lain pun merenung serenungnya kepada aku kerana sedikit hairan kerana aku bertutur didalam bahasa Turki,mungkin pelik atau ada kesalahan dari pertuturan ku tadi.Rupanya Ali juga bersama Irfan yang sebenarnya mereka sudah lama menunggu kedatangan kami ,dan mereka juga dari petang tadi lagi menunggu kami di simpang jalan masuk ke Bandar Iskilip kerana Ali ingin benar ingin berjumpa dengan ku walaupun perkenalan kami baru berdetik selama 2 minggu tapi keakraban kami bagaikan sudah berpuluh tahun lamanya.Selepas selesai menjamu selera aku bingkas bangun mendapatkan Ali yang dari tadi Cuma menyapa aku dari jauh dan kami terus berpelukan kerana sudah hampir dua minggu tidak berjumpa ,dengan keizinan Baba ,Ali ingin membawa aku ke rumahnya .Baba memang cukup risau tentang diriku,kalau kemana sahaja inginku pergi Baba akan pastikan setiap perjalanan ku berada didalam keadaan yang baik.Bermacam-macam yang akan ditanyakan terutama didalam masalah kewangan disetiap kali permusafiranku,dan Baba akan pastikan setiap Lira didalam dompetku cukup untuk kemana-mana.Kalau tidak pasti diwaktu malamnya Baba akan menambahkan lagi didalamnya.Bagiku cukup lah aku bertumpang teduh dan menikmati hidangan istimewa dimana saban hari akan menambah berat badanku.Itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga ‘Demirtas’ ini.
Setibanya aku di perkarangan rumah Ali ,terutama Ibunya yang cukup gembira dengan kedatangan ku.Ibu Ali adalah adik kepada Anne dan Ali adalah satu-satunya permata hati beliau.Memang sebelum ini aku telah berjumpa dengan beliau di majlis perkahwinan Orhan dan beliau sangat-sangat berharap aku dapat menziarahinya di Iskilip sebelum aku pulang ke bumi Urdun dan kini aku menunaikan janjiku terhadap seorang ibu.Sekurang-kurangnya kegembiraan mereka meluputkan sedikit duka dihatiku.Di malam pertama aku menetap di Iskilip aku dibawa bersiar-siar oleh Ali untuk melihat pandangan di waktu malam dengan keretanya.Memang benar apa yang dikatakan oleh Baba Iskilip memang tenang tidak sesibuk Istanbul dan Ankara yang memang terkenal dengan kesibukkan penghuninya yang berjuta-juta.Waktu malam yang sunyi mungkin menyebabkan aku juga takut ntuk berseorangan di Bandar ‘Cowboys Turki ‘ ini.Selepas puas bersiar-siar aku minta Ali untuk pulang kerumah kerana malam sudah pun lanjut usianya.Memang aku tidak bercakap banyak ketika perjalanan pulang kerumah kerana asyik menikmati pemandangan malam ,dimana pemandangannya tidak ubah seperti gambar ilustrasi Bandar ‘Cordova’ yang aku lihat dirumah ‘Stephen Abdullah Reyes’ di Amman Jordan seorang saudara baru yang berbangsa Sepanyol ,aku sempat berkenalan dengannya sebulan,kemudian beliau menghilangkan diri entah dimana.Pada asalnya beliau adalah seorang Rahib muda di sebuah gereja kecil di Sepanyol dan akhirnya memeluk Islam di London.Kemana ‘saudara’ini menghilangkan diri aku sendiri pun tidak pasti.dan hati kecilku berkata ‘Ya Allah kau selamatkanlah perjalanan hamba-hamba Mu yang baru mengenali Agama Mu dan berikanlah ketetapan iman kepada mereka agar tidak melupakan Mu.Tiba-tiba bahuku disentuh oleh Ali,.”Hmm termenung panjang nampaknya Ezrul kita dah sampai di rumah ni”. ‘Yapmaya’aku sedikit melatah didalam bahasa Turki memang aku sendiri tidak sedar yang aku sudah pun sampai di perkarangan rumah Ali,dimana ada dua mata yang melihat aku dari jauh tapi yang pastinya bukan Baba,dari jauh dia sudah melaungkan ‘Hos Geldiniz Ezrul’ bila direnungkan kembali ya bukan Baba ,tapi dalam hati ku berdetik mungkin Ayah kepada Ali,ya tak silap lagi Ayah kepada Ali sambil aku terus bersalam tanda hormat dan memeluknya tiba-tiba beliau menyapu airmata yang menitis dipipinya sambil menyebut ‘Sen Oglum’ .Aku cukup terharu mendengar kata-kata itu,sekali lagi aku memeluknya dan membalas ‘Sen Babam’.Hakikatnya aku tidak pernah berjumpa dengan ayah Ali ,inilah kali pertama aku berjumpa dengannya ,kerana di majlis perkahwinan Orhan beliau tidak dapat hadir kerana ada beberapa urusan di Bandar Corum.Selepas penemuan ini aku sekali lagi diucap ‘Hos Geldiniz’oleh semua kerabat Demirtas,dan dimalam itu kami berbual panjang walaupun mataku hampir tidak mampu untuk dibuka namun disebabkan tiada manusia yang boleh bertutur didalam bahasa Arab maka aku terpaksa bersengkang mata melihat azimat kecil berwarna merah yang selalu menemaniku iaitu ‘Redhouse minisozlugu’.

No comments: