Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Wednesday, May 21, 2008

MENJELANG SAMBUTAN HARI GURU S.K.P.T 2008

SELAMAT HARI GURU...
BUDI DAN JASA...
PERGORBANAN,KASIH SAYANG,DAN APA SAJA YANG DILAKUKAN...
DEMI MENDIDIK ANAK-ANAK BANGSAMU...

MENGAJAR ANAK-ANAK MENGENAL TUHAN ,ALIF,BA,TA DAN SEGALANYA...
DARI SEORANG KANAK-KANAK YANG TIDAK MENGERTI APA-APA...
KINI ANAK ITU SUDAH PANDAIMENGAJI,MEMBACA JAWI,MEMBACA DOA DAN MENJADI IMAM SEMBAHYANG...

CIUM TANGAN IBU,CIUM TANGAN AYAH DAN DIDOAKAN KEDUANYA...

MAK BILA BESAR NANTI NAK JADI MACAM USTAZ...
MENGALIR AIRMATA SEORANG IBU...
BERKALI-KALI NAMAMU DISEBUT...USTAZ AZRUL

SEMOGA ALLAH MEMBALAS SYURGA BUATMU DI AKHIRAT...

AMIN...


Termenung saya bersendirian...Membaca mesej puitis ini..terharu dengan linangan airmata...bukan saya tidak pernah mencubit anak waris ini...pernah juga saya merotannya ...semuanya dengan keizinan dan keredhoan ayahanda dan bondanya tercinta untuk mendisiplinkan anak mereka
Tersentuh hati ini andai anak ini ingin menjadi seperti gurunya...kalau tidak pun menjadi orang berguna....Doaku buat anak-anak ku sekelian ...berbaktilah pada Ayah dan Ibumu dengan dengan tangisan kegembiraan kejayaan...

Friday, May 16, 2008

SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2008

MEMORI BERSAMA GURU


Guru…
Hari-hari yang lalu.
Kau mengajar aku.
Bermula dengan huruf ‘A’.
Itulah awal bicaraku dihadapan mu.

Guru…
Hari-hari yang lalu.
Kau pernah mengherdik aku.
Kau pernah menjentik telingaku.
Kau pernah merotan tubuh ku.

Namun Ketahuilah Guru…
Aku takut dengan herdikan mu.
Telinga ku berdesing dengan jentikan mu.
Tubuh ku pedih pabila libasan rotan mu meratah kulit halusku.
Dan aku menangis ketika itu.

Akan Tetapi Wahai Guruku…
Aku tahu…
Dengan herdikan itulah,kini aku pandai menulis.
Dengan jentikan mu itulah ,kini aku pandai membaca.
Dengan luka libasan rotan itulah,kini aku pandai mengira.
Akhirnya membuat aku tersenyum dan ketawa.

Guru…
Hari ini…
Mengingatkan aku ke atas jasa-jasa mu.
Ilmu yang menguasai mindaku,
Adalah kesinambungan perjuanganmu
Yang kini aku jua seorang ‘guru’ sepertimu.
Terima kasih ,wahai guru.
Aku bangga kini dirimu adalah diriku ...

Hasil Nukilan
Ezrul Demirtas...
Kudedikasikan puisi ini buat Ayahanda-ayahanda dan Bonda-bonda 'guru'
Sek. Kebangsaan Kepala Batas
Jitra Kedah
Darulaman
(1985-1990)
Sek Men Agama Al-Maahad Ad-dini
Maktab Mahmud
Alor Star Kedah
Darulaman
(1991-1992)
Maktab Mahmud Alor Star
Alor Star Kedah
Darulaman
(1993-1996)

Dan Seluruh Warga
S.K.P.T
(2006-2008)



KEPADA SAUDARA PENULIS DAN SAHABATKU
PENCIPTA NOVEL YANG INDAH
YANG MEMILUKAN HATI INI
‘HARI-HARI TERAKHIR SEORANG SENIMAN’
DENGAN HARAPAN MASA KINI
TIDAKLAH MENJADI MASA TERAKHIR
UNTUK MEMBINGKISKAN PUISI HATI...

Friday, May 9, 2008

CATATAN PERJALANAN KE KOTA ISKILIP (CORUM,TURKI) EPISOD 1

PEMANDANGAN KOTA ISKILIP
DARI PUNCAK TINGGI TURK BABASI
MENUJU KE BANDAR CORUM SEMPAT SINGGAH

DI KEBUN BUNGA MATAHARI

BERKELAH BERSAMA DEMIRTAS FAMILY DI ISKILIP

Antara hati yang cukup berat untuk meninggalkan Ankara ,aku terpaksa jua melangkah kan kaki ke bumi Iskilip.Perjalanannya memakan masa hampir 4 jam.Memang hati ku cukup kurang teruja untuk melangkan kaki ke bumi itu kerana aku merasakan tidak enak bila ingin berjauhan dengan Tugrul,kerana aku masih belum menunaikan janjiku terhadapnya.Namun aku berharap aku dapat menunaikan janjiku sekembalinya aku dari bumi Iskilip kelak.Perjalanan yang memakan masa selama 4 jam bagiku tidak lah terlalu memenatkan berdasarkan pengalaman ku dalam bermusafir ,tetapi keadaan struktur jalanraya yang tidak teratur menyebabkan aku terlalu letih dan terasa sedikit kepenatan.
Daripada jam 7.00 petang sehingga jam 11.00 malam hatiku memang terasa sedih dan banyak berfikir tentang Tugrul .Aku terpaksa akur dengan kata-kata Orhan kerana keluarganya banyak berjasa terhadapku ,kerana itu aku tidak dapat menolak permintaan Orhan untuk aku menggantikan tempatnya sebagai “anak” kepada Baba dan Anne.Namun dalam keadaan fikiran ku yang cukup serabut aku cuba juga untuk mengembirakan hatiku ini ,namun segala-galanya terubat dengan gurauan Baba dan Anne yang tidak putus-putus berjenaka membuatkan hatiku terhibur sejenak.Melihat gelagat Baba dan Anne aku dan Mekbule isteri kepada Orhan yang baru seminggu dinikahinya membuatkan kami tertawa riang kegembiraan.Aku sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana suasana Bandar Iskilip .Mengikut kata Baba pemandangan dibandar Iskilip cukup tenang dan menyejukkan mata dan tidak sesak sepertimana Ankara dan Istanbul.
Tepat jam 7.30 petang kami beristirehat sebentar di pinggiran jalan untuk menikmati hidangan makan petang merangkap makan malam .memang Anne antara yang gemar memasak dan diantara kami dia lah yang kuat makan sambil itu aku bergurau dengan Anne .”Anne ni asyik makan je,cuba kalau tak makan banyak-banyak tak boleh ke”.Anne terdiam sebentar dan mata birunya melirik seolah mencari sesuatu yang boleh dijadikan “Sopa” (Rotan).”Ha ! ini dia yang Anne cari , Ezrul ! awak kalau makan tak berleter boleh tak ,kalau Anne tak makan banyak-banyak ,mana ada tenaga lepas tu siapa yang nak buat ‘Gul Tatli’ dan makanan-makanan yang lain’’.sambil ditangannya menghayun ‘Sopa” ke belakang ku.Aduh ! Anne saya bergurau sikit Anne dah marahkan saya”.jawabku dengan nada yang agak manja bagaikan si budak kecil.Memang sudah menjadi lumrah sekiranya ketika menatap makanan akulah yang dibuli Anne untuk habiskan makanan yang disediakan.
Kemudian kami meneruskan perjalanan kami lagi,hatiku masih lagi tetap bersama Tugrul entah kenapa aku masih lagi bersalah terhadapnya.Mungkin kerana aku sudah berulang kali berjanji dengannya untuk meluangkan masa cuti ku kali ini bersamanya ,namun aku mengalami dilema dalam mengikut dua keluarga yang dikasihi. Perjalanan masih lagi belum terhenti ,van yang dipandu oleh Baba meluncur laju kerana untuk mengejar masa yang agak lewat untuk sampai ke destinasi kami Bandar Iskilip.Tepat jam 11.00 malam kami tiba dibandar Iskilip yang terletak hampir 50km dari Bandar Corum.Mungkin akulah orang Melayu pertama yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Iskilip ini.Bila ku lihat bandarnya memang tak ubah seperti Bandar ‘cowboys’.Namun aku tidak pasti dengan keadaan Bandar Iskilip ini kerana suasana malam yang cukup gelap gelita membuatkan aku tidak dapat mentafsirkan Bandar ini dengan lebih terperinci.
Selepas sampai sahaja di Bandar Iskilip kami terus pergi ke rumah pihak pengantin lelaki,aku sendiri tidak pasti siapa mereka namun aku dapat rasakan ianya seperti sepupu Baba dan mungkin tuan rumah mengetahui kami agak lapar terus kami dihidangkan dengan ‘Dolma Peper’(Nasi yang di masak dalam cili),’Ayran’(Susu masam),’Yaprak’(Nasi yang disalut daun anggur).Dan sememangnya perut kami berkeroncong dari tadi lagi kerana selepas makan petang tadi kami hanya berehat sekejap untuk menunaikan solat Maghrib sahaja .Dengan hidangan tersebut aku lebih menggemari Yaprak dan Dolma Peper manakala Ayran aku tidak dapat menghirupnya bukan kerana kemasamannya tetapi memang dari kecil tekak ku susah hendak menerima bahan-bahan tenusu untuk ditelan.Setiap mata memandang aku dengan keadaan yang pelik,mungkin tidak pernah melihat wajah yang berkulit gelap dan bermata agak sepet menziarahi kerumah mereka sebelum ini.Dan ketika aku sedang enak bersantap dengan Baba ,tiba-tiba aku terdengar suara menjerit memanggil namaku ‘Ezrul Canim nerdesin??
Hmm suara Ali rupanya yang bertanyakan dimana aku? Dan aku menjawab dengan selamba didalam bahasa Turki yang aku kurang pasti tatabahasanya betul atau tidak namun aku tetap berusaha untuk bertutur…”Ben mi? ben once yolunda canim” Simdi buradayim.Maka yang lain pun merenung serenungnya kepada aku kerana sedikit hairan kerana aku bertutur didalam bahasa Turki,mungkin pelik atau ada kesalahan dari pertuturan ku tadi.Rupanya Ali juga bersama Irfan yang sebenarnya mereka sudah lama menunggu kedatangan kami ,dan mereka juga dari petang tadi lagi menunggu kami di simpang jalan masuk ke Bandar Iskilip kerana Ali ingin benar ingin berjumpa dengan ku walaupun perkenalan kami baru berdetik selama 2 minggu tapi keakraban kami bagaikan sudah berpuluh tahun lamanya.Selepas selesai menjamu selera aku bingkas bangun mendapatkan Ali yang dari tadi Cuma menyapa aku dari jauh dan kami terus berpelukan kerana sudah hampir dua minggu tidak berjumpa ,dengan keizinan Baba ,Ali ingin membawa aku ke rumahnya .Baba memang cukup risau tentang diriku,kalau kemana sahaja inginku pergi Baba akan pastikan setiap perjalanan ku berada didalam keadaan yang baik.Bermacam-macam yang akan ditanyakan terutama didalam masalah kewangan disetiap kali permusafiranku,dan Baba akan pastikan setiap Lira didalam dompetku cukup untuk kemana-mana.Kalau tidak pasti diwaktu malamnya Baba akan menambahkan lagi didalamnya.Bagiku cukup lah aku bertumpang teduh dan menikmati hidangan istimewa dimana saban hari akan menambah berat badanku.Itulah kasih sayang yang ditunjukkan oleh keluarga ‘Demirtas’ ini.
Setibanya aku di perkarangan rumah Ali ,terutama Ibunya yang cukup gembira dengan kedatangan ku.Ibu Ali adalah adik kepada Anne dan Ali adalah satu-satunya permata hati beliau.Memang sebelum ini aku telah berjumpa dengan beliau di majlis perkahwinan Orhan dan beliau sangat-sangat berharap aku dapat menziarahinya di Iskilip sebelum aku pulang ke bumi Urdun dan kini aku menunaikan janjiku terhadap seorang ibu.Sekurang-kurangnya kegembiraan mereka meluputkan sedikit duka dihatiku.Di malam pertama aku menetap di Iskilip aku dibawa bersiar-siar oleh Ali untuk melihat pandangan di waktu malam dengan keretanya.Memang benar apa yang dikatakan oleh Baba Iskilip memang tenang tidak sesibuk Istanbul dan Ankara yang memang terkenal dengan kesibukkan penghuninya yang berjuta-juta.Waktu malam yang sunyi mungkin menyebabkan aku juga takut ntuk berseorangan di Bandar ‘Cowboys Turki ‘ ini.Selepas puas bersiar-siar aku minta Ali untuk pulang kerumah kerana malam sudah pun lanjut usianya.Memang aku tidak bercakap banyak ketika perjalanan pulang kerumah kerana asyik menikmati pemandangan malam ,dimana pemandangannya tidak ubah seperti gambar ilustrasi Bandar ‘Cordova’ yang aku lihat dirumah ‘Stephen Abdullah Reyes’ di Amman Jordan seorang saudara baru yang berbangsa Sepanyol ,aku sempat berkenalan dengannya sebulan,kemudian beliau menghilangkan diri entah dimana.Pada asalnya beliau adalah seorang Rahib muda di sebuah gereja kecil di Sepanyol dan akhirnya memeluk Islam di London.Kemana ‘saudara’ini menghilangkan diri aku sendiri pun tidak pasti.dan hati kecilku berkata ‘Ya Allah kau selamatkanlah perjalanan hamba-hamba Mu yang baru mengenali Agama Mu dan berikanlah ketetapan iman kepada mereka agar tidak melupakan Mu.Tiba-tiba bahuku disentuh oleh Ali,.”Hmm termenung panjang nampaknya Ezrul kita dah sampai di rumah ni”. ‘Yapmaya’aku sedikit melatah didalam bahasa Turki memang aku sendiri tidak sedar yang aku sudah pun sampai di perkarangan rumah Ali,dimana ada dua mata yang melihat aku dari jauh tapi yang pastinya bukan Baba,dari jauh dia sudah melaungkan ‘Hos Geldiniz Ezrul’ bila direnungkan kembali ya bukan Baba ,tapi dalam hati ku berdetik mungkin Ayah kepada Ali,ya tak silap lagi Ayah kepada Ali sambil aku terus bersalam tanda hormat dan memeluknya tiba-tiba beliau menyapu airmata yang menitis dipipinya sambil menyebut ‘Sen Oglum’ .Aku cukup terharu mendengar kata-kata itu,sekali lagi aku memeluknya dan membalas ‘Sen Babam’.Hakikatnya aku tidak pernah berjumpa dengan ayah Ali ,inilah kali pertama aku berjumpa dengannya ,kerana di majlis perkahwinan Orhan beliau tidak dapat hadir kerana ada beberapa urusan di Bandar Corum.Selepas penemuan ini aku sekali lagi diucap ‘Hos Geldiniz’oleh semua kerabat Demirtas,dan dimalam itu kami berbual panjang walaupun mataku hampir tidak mampu untuk dibuka namun disebabkan tiada manusia yang boleh bertutur didalam bahasa Arab maka aku terpaksa bersengkang mata melihat azimat kecil berwarna merah yang selalu menemaniku iaitu ‘Redhouse minisozlugu’.

Tuesday, May 6, 2008

BOSAN...TERTEKAN...ENTAH LER...

WAJAH KEBOSANAN YANG MERUNCING...


Eii..Bosan !!!

Camner aku leh terbosan macam ni..

Bukan aper pun start bila nak mula ke tempat keje je...aku dah bosan...

Takkan nak nyanyi lagu aku dah bosan...aku dah bosan...Ish!!! tak masuk dek jiwa langsung...

Tapi pagi-pagi sekarang nih aku dah bosan...Kenapa??? ...Tiada jawapan nak diberi....Ish!!!..kacau betul kalau macam ni...Mujur ada keletah-keletah si comel kat tempat keje tuh ..pengubat jiwa yang sedang kacau ni....Mujur ...mujur...



Tertekan...

Hmm saper-saper pun boleh tertekan...kalau di ...ish!!! tak kan nak luahkan jugak dalam blog nih...baik tak payah...nanti jadi lagi kecoh pulak ...kalau ada gerangan yang membaca..Tapi dimana-mana sahaja aku tertekan ...biasalah akan lebih tertekan kalau jadi mangsa FITNAH...dahsyat tu...F.I.T.N.A.H sama dahsyat dengan F.I.T.N.A....Tapi memang tertekan argh...dah mula nak kuar ayat rappers lah pulak...Tapi memaaaaaang aaaakuuu jaaadi mangsaaa teeekaaanannn....Erghhhh geram giler aku.....cuma tak giler jer...



Entah ler...

Lantak ajer lah...Dah malas nak masuk campur...Kalau dicampur jadi sedap tak perlah jugak...boleh ler tambah nasi...tapi Entah ler makin ditambah nasi makin tak sedap pulak jadinya...makin menjadi yang entah aper-aper...Argh!!! benggang giler aku cuma tak benggong ajer...Ish!!! jarang bebenar aku buat ayat-ayat giler macam nih..........

Tuesday, April 29, 2008

Ungkapan Sebuah Kenangan Pahit ,Terpahat Madu...

Saya Bersama Anakanda Aiman

Sebelum ini saya memang jarang mengenali anak ini,Cuma yang saya kenal saudara kembarnya sahaja Amir dan Amirul .Bukan senang hendak mengenali setiap anak didik saya yang hampir 700 murid bilangannya.Kadang-kadang bila saya disapa oleh mereka diluar kawasan sekolah apapila menghadiri ke majlis-majlis jemputan kenduri perkahwinan dan sebagainya ,saya kadang-kadang keliru dan tertanya-tanya sendiri betul ke ini anak-anak S.K.P.T.Akibatnya saya malu sendirian disebabkan tidak mengenali mereka.
Berbalik kepada anak didik S.K.P.T yang saya cuba untuk mengenali persepsi dirinya ini.Bermula dengan Majlis Karnival Pendidikan Islam peringkat PKG ,saya masih lagi belum mengenalinya secara psikologi ‘taaruf ‘ kerana kesibukkan pada majlis carnival tersebut saya dilantik menjadi hakim tajwid bagi sesi Tilawah Al-Quran perempuan satu tugas yang telah diamanahkan selama 3 tahun berturut-turut selepas saya di terjunkan kedunia pendidikan.Seolah-olah saya ‘Terima akan nikahnya’ jawatan itu saya sandang dan mungkin akan menyandangnya lagi pada tahun-tahun akan datang.
Selepas Karnival di peringkat ini tamat.Apa yang saya lihat S.K.P.T memang ada peningkatan disetiap acara .Ada yang menang dan ada yang tewas itu sudah biasa dengan budi bicara adat pertandingan.Dan yang bergelar Johan sudah pasti akan mara ke peringkat seterusnya.Dari jauh saya sudah nampak Ustazah Ainah tersenyum lebar dengan kemenangan anak didiknya Aiman dan Nurul Azna ,bukan senang juga hendak berjuang menghafal 22 surah dari juzuk ke 30 bermula dari Surah An-Naba’ .Perlukan perjuangan hati dan kesabaran yang kental tambahan pula pada usia yang masih rebung.Namun saya dan juga rakan-rakan yang pernah mengalami perjuangan ini.
Hmm! Aiman sahaja yang layak ke peringkat Negeri Kedah,keluh Ustazah Ainah selepas Karnival peringkat Daerah tamat dijayakan.Saya rasa itu adalah satu pencapaian yang cukup baik.Selama 3 tahun berkhidmat di S.K.P.T ini saya dapat rasakan suatu pencapaian yang baik bagi kami anggota Panitia Pendidikan Islam ,sebelum ini tak ada yang layak macam Aiman .Cuma nasib tidak menyebelahi Nurul Azna kesilapan dari Tajwid menyebabkannya beliau kecundang.Tapi Aiman layak dengan berkat kesungguhannya.Saya biarkan sejenak detik kemenangan itu menjadi kenangan manis buat Aiman.Selepas kami semua pulang dari tempat pertandingan saya dan Ustazah Ainah berbincang untuk menyerahkan tugasan membawa Aiman ke Peringkat Negeri nanti diamanahkan kepada saya.Saya terima dengan hati yang terbuka.
Seminggu selepas pertandingan Peringkat Daerah diadakan saya di jemput untuk menghadiri satu mesyuarat khas di PPD Padang Terap / Pendang,mesyuarat ini bertujuan untuk mengenal pasti setiap kedudukan peserta didalam acara-acara yang dipertandingkan.Dan secara ringkas nya keputusan mesyuarat ingin adakan latihan pusat di S.K P_ _ _ _ _G .Saya berkali-kali mengeluh untuk tidak mahu membawa Aiman ke sekolah tersebut kerana situasi saya berbeza dari Jitra nak ke Kuala Nerang kemudian hendak menyelusuri kawasan Pendang mungkin agak letih untuk saya memandu perjalanan seajuh itu.Saya nekad untuk tidak mahu membawa Aiman ke latihan pusat.
Namun selepas pulang dari mesyuarat saya rasa kurang enak kalau Aiman tidak dibawa ke latihan pusat ,saya minta kerjasama guru-guru pendidikan Islam yang lain untuk membawa Aiman ,akhirnya Ustazah Hairil Nisa dan Ustazah Fiza setuju untuk menemani Aiman ke latihan pusat di sekolah berkenaan.Saya berterima kasih kepada mereka berdua,kerana mereka secara tidak langsung bagi pihak saya menghormati ahli mesyuarat atas tindakan ingin diadakan latihan pusat.Namun sebaliknya terjadi di pusat latihan tersebut.Kalau nak diceritakan memang saya geram,Di susuli dengan cerita Akhi Badrul di pusat latihan lagi saya bertambah geram.Mungkin ada hikmah Allah tidak mengizinkan saya ke pusat latihan tersebut untuk tidak mahu mengecohkan keadaan memang guru-guru disana saya sokong diatas semangat berpasukan antara guru dan murid yang memberi komitmen yang penuh.Tapi sikap guru-guru disana yang suka memperlekehkan murid-murid dari sekolah yang lain menyebabkan kami agak mual untuk ke sekolah itu lagi.Sehinggakan Aiman sendiri membawa dirinya didalam keadaan tekanan semasa ujian hafazan diperingkat negeri Kedah pada 9 April 2008 yang lalu.Tekanan Aiman menyebabkan dia demam selepas pertandingan disebabkan Aiman mengenali wajah guru yang memperlekehkan dirinya itu juga turut menghadiri sebagai guru pengiring..Mungkin bagi Aiman itu adalah satu cabaran buatnya.Akhirnya dimalam perujian itu juga sekolah yang dianggap anak murid mereka yang terbaik itu tidak menyandang apa-apa kemenangan didalam perujian hafazan mungkin Allah ingin membalas kepada kebongkakan guru tersebut maka itulah natijahnya.Dimalam itu bagi saya Aiman sudah buat yang terbaik Cuma rezeki tidak berpihak kepadanya ,saya berbangga dengan Aiman,walaupun dimalam itu saya semalaman menjaga Aiman bagaikan anak sendiri,dan pada itu juga saya terbayangkan di mana wajah-wajah ibu dan ayah di atas muka bumi ini menjaga anak-anak mereka tatkala sakit demam dan pada malam itu saya dapat merasainya dengan menjaga Aiman hingga ke waktu subuh.Seorang tangan anak menggengam tangan seorang Ayah supaya tidak dilepaskan apabila beliau berada didalam kesakitan.Buatmu Anakanda Aiman Sekalung tahniah saya dan warga S.K.P.T ucapkan.Saya bangga dengan anak ini menghadapi ujian dengan wajah ketenangan……

Monday, April 28, 2008

KENANGAN MENGUSIK JIWA

KEK NI TAKDER KAITAN DENGAN HARIJADI AKU...
TAPI NAMPAK GAYANYA MAT KEMEK MCM JELES AKU PTG KEK TUH
HAHAHA..ITU KEK YANG DIBUAT ANNE SEMPENA KEDATANGAN KAMI
KE ISTANBUL...
PERJALANAN KE ISTANBUL MENAIKI BAS METRO

HMM KESIAN TUGRUL TAK DAPAT IKUT...

WAJAH MATA BIRU ANNE MENINGATKAN AKU KEPADA MASAKANNYA...


BERSAMA ANNE DIRUMA HNYA (SULTANBEYLI ISTANBUL)

INILAH MASANYA AKU BELAJAR BUAT ROTI TURKI

BERSAMA TUGRUL DAN ABG OSMAN DI ANKARA

BERSAMA ANNE DAN ABG MI DI HARI LAHIR KU 2003















Friday, April 4, 2008

Rasa Lega, Tapi Masih Ada Yang Tak Kena..

Serikandi Islam...
Sucikan Hati dengan berwuduk ...

Adik Anuar Hadi mengimamkan Solat Asar

Sekali lagi aktiviti dan perancangan di sekolah saya berkaitan dengan j-QAF saya rasakan amat terdesak untuk diadakan pada tahun ini.Seawal tahun yang sepatutnya aktiviti ini harus saya lunaskan,namun dengan kesibukkan hal-hal lain yang berkaitan dengan sekolah juga menyebabkan program Kem Bestari Solat yang pertama buat tahun 2008 dengan wajah-wajah yang baru bersama majlis yang telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar yang baru akhirnya program ini berjalan seperti mana yang dirancangkan.
Namun untuk saya mendapatkan kepuasan pada program ini ,tidak sama sekali.Entahlah! semalaman saya berfikir kenapa semalam saya dengan tiba-tiba kurang berpuas hati dengan Kem yang diadakan.Bukan salah sesiapa ,tapi saya letakkan kesalahan itu pada diri saya sendiri.Selaku peneraju utama atau penggerak utama yang sepatutnya merancang dengan lebih teliti dan perlu meletakkan bahawa aktiviti pada hari ini sepatutnya lebih baik dari tahun yang lalu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
Disebabkan refleksi yang saya dapat lihat ialah apabila peserta terlalu ramai,waktu yang suntuk boleh dilakukan aktiviti tetapi tidak lah melibatkan semua murid dan seharusnya setiap aktiviti dijalankan secara berperingkat.Mungkin itu satu tekanan bagi saya perancangan awal ingin melibatkan semua murid tanpa 'membebankan' guru-guru yang lain.Tetapi setelah aktiviti berjalan namun beban itu tetap ada .Bukan 'beban' yang dimaksudkan saya ialah satu perkara yang menyusahkan ,tapi beban disini saya klasifikasikan sebagai permasalahan yang timbul tanpa disedari .Secara tidak langsung menyebabkan emosi saya pada hari itu menegaskan bahawa terlalu banyak kekurangan pada kem kali ini.
Jika tidak kerana tekanan itu saya diserang demam selsema pada hari ini, kerana aktiviti yang dijalankan semalam dengan keadaan cuaca yang cukup panas, karenah anak murid yang tahun ini boleh dikatakan terpaksa saya bersifat agresif seperti seorang bapa 'Walaupun status saya masih bujang' dan masih kurang layak bergelar seorang bapa namun tangungjawab untuk bagi anak-anak ini kenal erti solat saya ketepikan yang diri saya ini masih bujang .Tambahan pula dengan karenah para waris yang masih lagi bersifat terlalu memanjakan anak ,kerana kurang kepercayaan kepada fasilitator yang terlibat ,kadang-kadang saya naik muak dengan tindakan waris yang sebegitu ,yang masih lagi tidak mahu anaknya berdikari, makan masih bersuap,pakaian masih tolong disarungkan,walhal tujuan kem ini adalah untuk murid-murid berdikari dan mendisiplinkan diri.Serahkan saja setiap aktiviti itu kepada anak-anak kita sendiri.Sebab itu lah 'dulu nakal dirotan sekarang seorang engineer' tapi sekarang 'Jika dirotan ibu tempat mengadu,tangan guru di dibelenggu anak jadi hantu' .Fikir-fikirkanlah...Shukran bagi yang menjayakan program ini pada 3.04.2008. (slogan akan datang:Ubah strategi agar aktiviti dapat diteluskan kedalam minda anak-anak soleh).