Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Sunday, January 27, 2008

KEM BESTARI SOLAT



ANAK-ANAK KU BERSOLAT













Sebelum saya sempat membaringkan diri sejenak akibat keletihan hari ini ,kerana ada latihan sukan di sekolah untuk kejohanan olahraga tahunan di sekolah saya..Namun tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi melagukan Instrumental "Autumn In My Heart" .Bunyi yang mendamaikan itu saya matikan dengan menjawab panggilan nombor misteri itu .Suara bebunyi seakan seorang dewasa yang mengeluh bunyi nya begini .'Assalamualaikum Cikgu ! Kenapa murid-murid tahun 4 tak ada Kem Bestari Solat dan saya terkilan dengan program tersebut tidak melibatkan Tahun 4.Belum sempat saya menjawab persoalan tersebut tiba-tiba talian terputus tanpa sempat saya menjawab salam yang diberikan dan lidah saya kelu dengan pertanyaan tersebut .Bila dilihat kembali nombor untuk saya hubungi semula ianya 'private number' .Hmm saya tidak sempat menjawab dan tidak boleh pulak nak saya hubungi waris tersebut yang mungkin ingin melibatkan anaknya dalam program Kem Bestari Solat sepertimana yang dilakukan pada murid-murid tahun 1,2 & 3.





Friday, January 25, 2008

SEDIKIT TERKASIMA (25 HARIBULAN)






23 Januari 2007 yang lalu ,disekolah saya seperti tahun-tahun yang biasa diadakan sambutan Maal Hijrah.Dan tahun ini juga aktiviti dijalankan seperti biasa.Sambil saya khusuk merenung sesuatu apa yang disampaikan oleh penceramah ,tiba-tiba saya dikejutkan dengan pertanyaan seorang murid yang bertanyakan saya tentang soal kewangan.Tidak dinafikan tumpuan saya terhadap isi-isi ceramah tersebut sedikit terganggu dengan soalan yang diajukan dengan secara tiba-tiba."Ustaz tahun ini ustaz nak pergi rombongan tak?."Saya menjawab dengan bahasa yang bersahaja "Mmm tak pergi kot,duit tak ada ".Itu sahaja yang saya jawab.Kemudian murid tersebut membalasnya kembali."Alah ustaz tak kan duit tak ada kan semua cikgu gaji 25 Haribulan".Mendengar jawapan tersebut saya sedikit terkasima dengan apa yang dikatakan oleh murid tersebut.Bukan kerana masalah 25 Haribulan ,tetapi masalah dimana anak-anak zaman sekarang tidak lagi seperti dulu.Pemikiran mereka juga kadang-kadang selari dengan apa yang diceritakan oleh media...Jadi wahai Ibu Bapa sekelian renung-renungkanlah...terlalu simbolik bagi saya tentang 25 haribulan....

Monday, January 21, 2008

Konvokesyen KPLI-J-QAF 2006 (12-12-2007)

Shukran yer akhi Salman kerana meluangkan masa untuk konvo ni...

Cok Tesekurler akhi Pak Tam...Tanpa mu tak sampai la kat tempat ni...


Dari kiri anda: Pak Wan..Ezrul...Ustaz Ad
Hat muncung bibir mulut tu Pak Ali doa berlagu

Friday, January 18, 2008

Serendang Dedaunan Hijau(NAMU)

Majlis ini disempurnakan oleh:Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain b. Hj Awang
(Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia)
(Tarikh: 12 Disember 2007 Dewan IPBBA)


Serendang dedaunan hijau
Asalnya sebutir benih kecil
Nampak pun tiada di mata kasar
Terbenam di timbus tanah hitam


Serendang dedaunan hijau
Remaja mu ,ditatang elok
Disiram air jernih
Santapan baja untukmu terus dewasa


Serendang dedaunan hijau
Dewasa mu berbakti
Sang pencintamu ada yang melakar sesuatu
Indah lakarannya kadang-kadang terbentuk istana
Sesegar dedaunanmu diselar kuntuman bunga


Serendang dedaunan hijau
Dewasa mu ada yang memerlukan
Berteduh ketika mentari menyinar terik
Memberi kenyang ketika ada yang lapar
Menjadi bara andai rantingmu sudah tua
Dapur si fakir menanak rezeki laparnya hilang
Sungguh Agung yang mencipta mu


Serendang dedaunan hijau
Hayat mu sudah menjamah usia
Bakti mu nilainya sama dedaunanmu yang gugur
Tidak terhitung mahkluk yang memegangmu
Lumpuhmu masih bermakna
Masih tiada yang lupa
Dan tiada yang akan lupa
Dahan mati mu dikutip sang pencinta
Dibakar menjadi abu hitam halus
Baja buat anak pohonan serendang


JASAMU TETAP BERTERUSAN
“GURU ENGKAULAH POHONAN RENDANG ITU’


(Kudedikasikan puisi ini buat semua warga pendidik Institut Perguruan Darulaman
Dan juga buat Guru pembimbing Ustazah Paudzah bt.Abd Hamid
Tuan Guru Besar En.Ahmad Hidzir b. Md Noor (Yang kini sudah bertugas di S.K Bukit Tembaga , Kedah Darulaman)
Diatas bimbingan kalian untuk saya yang bergelar pendidik kini dan juga semua Warga SKPT


(Shukran Jazilan)


Nukilan :Simirman sayang (11.30 pm)

Saturday, January 12, 2008

Secebis Sebuah Harapan


Tiada lagi yang dapat digambarkan ,perasaan yang gundah gulana sudah mula meresap kedalam jiwa,bagai dikata saat yang dinanti pastikan tiba.Untuk menghadapinya untuk hari-hari esok ku tempuh dengan sebuah harapan berbekalkan sedikit kecekalan hati yang serba dhaif untuk terus dibimbing menuju puncak menjadi seorang guru yang cemerlang dalam mendidik anak bangsa.

Dalam situasi perjalanan yang dimamah usia ini ,tiada harapan serendah bukit bahkan setinggi langit kuharapkan bagi setiap yang bakal membimbingku kearah menjadi guru yang profesional .Ingin menjadikan diriku sebagai guru yang dihormati dan disegani,kearah membentuk generasiku agar terus gemilang dan terbilang dalam pendidikan dunia dan akhirat dalam dakapan trofi kejayaan yang membuatkan ibubapa mereka tersenyum melihat permata hati mereka menjadi insan yang berguna pada bangsa dan Negara serta tidak lalai melakukan kewajipan Allah s.w.t.

Harapan setinggi langit inilah yang ku harapkan dari perjalanan tiga purnama ini ,agar ku dapat menggali sebutir permata ilmu,menyelami mutiara dari tiram teguran-teguran yang membimbing kerana dasar ilmu itu tidak akan terselam olehku melainkan karam dilautannya tanpa ada tunjuk ajar dari yang kuharapkan.Harapan ini bukanlah impian sebuah hati ,dua mata dan satu jasad,bahkan harapan ini ku menangung dari segenap mata yang berpasang-pasangan yang selalu merenung diriku dan juga jasad-jasad yang selalu mendampingiku kerna kejayaan permata hati mereka adalah kejayaanku jua.Maka bimbinglah daku dengan batu kritikan ,tiram teguran. Hasilnya permata dan mutiara itu akan ku genggam bersama generasiku.

GURU IBARAT LILIN
MEMBAKAR DIRI ,MENERANGI KEGELAPAN.

Dusta Metropolitan



Dusta metropolitan
Merobek takhta suci,
Menghancur tulus ,terlahir hasad.
Remuk kasih, mencetus biadab
Menghenyak adab, tersebar fasad.

Dusta metropolitan.
Merobek takhta realiti,
Menukar halal , menyemat haram.
Membunuh zuhud , mengaut dirham.
Menghindar Taqarrub , menyanjung syaitan.

Dusta metropolitan
Merobek takhta alam
Menolak timur , memegang barat,
Menongkah keadilan,menyulam sesat,
Menzalimi rakyat ,membela keparat.

‘Dusta ‘ metropolitan tetap agung di takhtanya.
“Benar “ metropolitan ,memeluk tubuh ,termenung mencari sebuah kejujuran.

Simirmansayang
University of Jordan
(Faculty of Art)
Musim Bunga
12.30 pm
12.04.2001

* Puisi ini dicipta semasa kuliah pengajian falsafah ,dimana aku menghadiri kelas ini semata-mata untuk mengenali seorang pelajar buta yang selalu membahaskan tentang falsafah-falsafah imam Ghazali ,secara kebetulan lecture yang aku tidak pasti namanya yang berketurunan Al-Qudhah meminta aku menulis sajak ini dengan memberi masa selama 10 minit untuk disiapkan dan di deklemasikan di hadapan semua pelajar .Namun hakikatnya mereka tidak faham apa yang aku sampaikan selepas itu aku rasakan yang aku ini seolah-olah menggantikan kerusi Al-qudhah pada hari itu.

ZELZELE AGUSTOS 1999


Di hening subuh…
17 Ogos 1999,Jam 3.02 pagi di Bumi Turki.
Goncangan dunia murka yang Esa,
Gegaran sekelip mata,
Berukuran 7.4 Skala Richter
Di bandaraya industri Izmit,
Mengejutkan yang lena ,menyedarkan yang jaga.

Di hening subuh…
Ketika insan Turk dan Kurd masih lena dibuai mimpi,
Gegaran bumi tak diduga menjelma lagi
Balasan Tuhan mengundang untuk memperingati
Sekadar mengoncang ,kalian mati menyembah bumi.

Di hening subuh …
Jeritan ribuan Turk dan Kurd berkumandang,
Mayat bergelimpangan di jadikan tangisan ,
Peristiwa tragis ini takdir pula yang disalahkan,
“Apa salah kami?” Apa dosa kami? Wahai Pencipta sekelian alam.

Berulangkali dilafazakan ,tanpa sedari seyambara kesalahan.
Cukuplah insan Turk dan Kurd ,
Hisablah dirimu dengan apa yang dilakukan,
Agar kemurkaan yang Esa tidak lagi datang mengundang

Wahai insan di bumi Othmaniyah.
Insaflah diatas apa yang ditakdirkan,
Muhasabahlah diri kalian dengan secebis keimanan.
Ataturk yang dipuja hanya membawa kemurkaan Ar-Rahman
Idolakan Al-Fatih sebagai pujaan
Demi agamamu Islam gemilang hingga ke akhir zaman.

Simirmansayang
Tanahairku Malaysia
19.08.1999
Jam 1.00 pagi.