Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Friday, August 1, 2008

RENUNGAN ANAK DESA

Hasil Lakaran :Cikgu Suzana bt Abd Hamid

Monday, July 21, 2008

MADU DAN RACUN,SENYUM DALAM TANGIS...

INILAH HADIAH MADU DAN RACUN ANAK-ANAK KU
KEPADA IBU BAPA MEREKA
PADA PEPERIKSAAN YANG LALU...
MADU ,GULA ,KASIH SAYANG PENAWAR SEGALA DUKAMEMBUATKAN IBU BAPA MU TERSENYUM...
RACUN + GULA = SENYUMAN SINIS

RACUN TANPA GULA = SENYUMAN TAWAR


INILAH YANG DIMAKSUDKAN RACUN PEMBUNUH
BAGAIKAN PISAU TERTUSUK MENIKAM DIDADA


Saya rasa puas beberapa hari ini,mungkin hasil beberapa tahun saya didunia pendidikan ,tiba-tiba hari ini saya merasakan kepuasan.Entah kenapa kepuasan itu tiba-tiba hadir dengan masa yang begitu singkat.Mungkin kepuasan itu hanya suatu kepuasan yang singkat.Cuma ungkapannya sahaja yang melahirkan rasa kepuasan.
Kepuasan itu adalah sesuatu yang selama ini saya pendamkan kepada anak-anak murid saya yang begitu leka dan asyik dengan keseronokkan yang tidak dapat dibendung.Apatah lagi hanya segelintir sahaja Ibu bapa yang begitu mengambil berat dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka.Tetapi bagi saya ianya apa yang diberikan mereka adalah satu hadiah "MADU DAN RACUN ,SENYUM DALAM TANGIS" dan aku jua berlinang airmata dengan hakikat ini.

Wednesday, June 25, 2008

FARHAN.....LUQMAN....KEMBAR DI HATIKU...

HAAAA YANG MANA SATU NI??? FARHAN ,LUQMAN,FARHAN LUQMAN HUHUHU PENIIIGGGGGGGG!!!

HMM...NAKULA DAN SADEWA...UPIN DAN IPIN...NAMA-NAMA INI SERING DIKACA T.V AKU SELALU MENGADAPNYA...NAMUN DI SEKOLAH KU...AMIR DAN AMIRUL...AMIRUL FAHMI DAN AMIRUL FAHMAN...FARHAN DAN LUQMAN. INI ANAK-ANAK KEMBAR YANG SELALU MENJADI SEBUTAN ANTARA MEREKA YANG MELIHATNYA...KENAPA KEMBAR-KEMBAR INI MENJADI DAYA TARIKKAN BUAT DIRIKU???NANTIKAN SINOPSIS CERITA TENTANGNYA HEHEHEHE....

Thursday, June 19, 2008

HARI PERSARAAN AYAHANDA TUAN HAJI AMIR HAMZAH BIN HASHIM (P.K HEM S.K.P.T)


BIODATA AYAHANDA TUAN HAJI AMIR HAMZAH BIN HASHIM

Ayahanda dilahirkan pada 20 June 1952 di sebuah kampung pedalaman iaitu Kampung Ulu Mengkuang, Rantau Panjang , Selama, Perak. Keluarga beliau adalah penoreh, petani dan pencari hasil hutan sekali sekala. Anak keempat daripada enam adik beradik.
Seperti kanak-kanak kampung yang lain amat nakal, mandi sungai, laga ikan, lastik burung, main guli, kadang kala bergaduh sesama kawan.Bapa beliau bernama Hashim bin Hj.Awang Besar dan ibu bernama Hafsah binti Yaacob. Semuanya telah pulang kerahmatullaah.
Ayahanda mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang pada tahun 1959. Beratapkan daun rumbia, dinding buluh, meja dan kerusinya diperbuat daripada papan panjang. Tiada elektrik, guna gaslin, minum air perigi, jalan tanah merah, serba kekurangan. Sempat menggunakan papan batu sebagai buku tulis. Sebaik sahaja naik Darjah 6 beliau dilantik sebagai Ketua Murid..
Pada Tahun 1965 ayahanda bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Selama Perak.Kini lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Haji Hussein. Lulus peperiksaan SRP pada tahun 1967 iaitulah tahun ke 2 pelaksanaan peperiksaan berbentuk objektif di Malaysia ini. Di sekolah ini aku juga dilantik sebagai pengawas.
Ayahanda naik ke Tingkatan Empat di Sekolah Menengah King Edward V11, Taiping, Perak. Di Sekolah ini aku bergiat dalam Pasukan Kedet Bersatu, Pasukan Rugbi rumah Parr, Pengawas Asrama.
Selepas lulus peperiksaan SPM tahun 1969 Ayahanda dipilih memasuki Tingkatan Enam Khas Biasiswa Penuh Kerajaan Negeri Perak di Sekolah Anderson, Ipoh. Walaupun aku mengambil STPM tahun 1971 tetapi nasib kurang baik, mungkin kesan sikologi ayah meninggal dunia dalam tahun peperiksaan ku itu. Ayahanda berjaya memasuki Maktab Perguruan Teknik,Cheras di Kuala Lumpur pada tahun 1972.
Di Maktab ini ayahanda terlibat secara aktif sebagai Pasukan Rugbi Maktab, Exco Pelajar Maktab.Setelah tamat latihan perguruan ayahanda dihantar ke Terengganu dan mula mengajar di Sekolah Menengah Panji Alam, Jalan Kg.Tok Nasik, kira-kira 2 kilometer daripada Bandar Kuala Terengganu. Di samping mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan aku kena mengajar Matematik untuk murid Tingkatan 3.Di sekolah ini juga ayahanda dipilih sebagai Guru Kedet Polis sekolah berpangkat Inspektor dan merangkap Adjutan Pasukan Kedet Polis Terengganu. Terlibat sebagai Pasukan Rugbi Negeri Terengganu selama 3 tahun.
Sebagai mana manusia berlandaskan fitrah Allah s.w.t pada tarikh 06/12/1975 ayahanda dijodohkan dengan seorang gadis Negeri Kedah bernama Che Halimah Bt.Che Mat pilihan ibu namun hati kecil nya tetap akur dan luhur dengan pilihan ibunya itu.
Tidak berapa lama kemudian pada tarikh 17/10/1976 lahirlah anak sulung ayahanda bernama Muhammad Azrul. Berkelulusan Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kini bekerja sebagai Juru Kamera Multimedia di RTM 1, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sudah berumah tangga dan mendapat seorang cahaya mata perempuan iaitulah juga cucu sulung ayahanda bernama Ainnul Aishah berumur baru satu tahun setengah.
Anak kedua bernama Muhammad Afzan yang lahir pada tarikh 13.06/1979. Selepas tamat pengajian Ijazah Universiti Teknoloji Petronas, Ipoh beliau kini bekerja sebagai Jurutera di Fastron, Syarikat Jerman di Pulau Pinang.Pada tahun 1981 ayahanda bertukar ke Sekolah Menengah Padang Midin kira-kira 7 km daripada Bandar Kuala Terengganu.


Pada tahun 1983 aku sekeluarga membuat keputusan untuk berpindah balik ke Kedah. Alhamdulillah selepas permohonan diterima ayahanda di tempatkan di Sekolah Menengah Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang. Di sekolah ini ayahanda ditugaskan sebagai guru Rugbi,Guru Disiplin dan Guru Pengawas Sidang Petang. Pada tahun 1986 ayahanda dikurniakan dengan sorang cahaya mata perempuan bernama Nurul Hidayah. Kini tahun akhir di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dalam jurusan Ijazah Sains Kimia Industri. Pada tahun 1987 ayahanda dikurniakan seorang puteri bernama Siti Adibah pelajar tahun ke tiga di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dalam jurusan Ijazah Pendidikan Sains Fizik.

Pada Bulan Mac 1988 ayahanda ditukarkan ke Sekolah Menengah Tanah Merah, Pendang kerana penglibatan ayahanda dengan parti Politik. Maka ayahanda akur dengan perintah itu.Awal tahun 1989 ayahanda diterima untuk kembali ke Daerah Kuala Nerang dan bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap 10 Km. daripada Pekan Kuala Nerang. Pada tahun 1990 ayahanda dipilih sebagai Guru Kakitangan Sumber untuk Pelajaran Kemahiran Hidup dan dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1997. Ayahanda ditugaskan sebagai Guru Disiplin dan Pengawas Sekolah. Diperingkat Daerah Kuala Nerang ayahanda dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Nerang.
Pada 01 April 2000 aku ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebagai Penolong Kanan HEM hinggalah sekarang menjelang bersara pada 20 June 2008. Pada tahun 2004 ayahanda dianugerahkan sekali lagi Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 2004 juga ayahanda bersama isteri telah berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu Haji rukun Islam ke Lima itu.

Itulah sinopsis kehidupan ayahanda yang kami semua kasihi....
Ya Allah pejam celik pejam celik dah hampir tiga taun aku bersama -sama dengan Ayahanda cikgu Amir di bidang pendidikan ,memang beliau banyak mengajar aku tentang kehidupan bagaimana ingin menjadi seorang pendidik yang sebenar.Namun hari ini adalah hari terakhir Cikgu Amir di S.K Padang Terap dan tiba lah masanya hari persaraan beliau pada hari ini...
Dan bingkisan ini aku hadiahkan pada mu buat Ayahanda yang diingati...
PERPISAHAN AYAHANDA…

Ayahanda yang dikasihi…
Kami mengerti perpisahan iniBukan kerana kau membenciTapi kerana dirimu terpaksa melangkah pergi.
Harapan kami agar setiap wajah kami jangan kau lupai…
Ayahanda yang dirahmati…
Hari-hari yang akan kami lalui…
Akan kami harungi demi hariBersama wajahmu yang tak mungkin akan kembaliTapi hati kami masih tidak menerimaDitinggalkan sepi tanpa gurau sendamu…Hakikatnya kami tidak sanggup kehilanganmu…Kami tidak sanggup Ayahanda…tidak sanggup.

Ayahanda yang kami kasihi…
Renunglah bangunan-bangunan ini
Yang setiap sudut seolah-olah mengenalmu…
Selalu kau kelilingi mereka dengan rotan hijaumu..
Kerana disinilah, Terukir kata yang tak dapat kau ungkapkanMengimbas kenangan silam, Yang tak mungkin akan kau ketemui lagi.
Ayahanda yang pasti kami rindui
Selama ini kami kenal hati budi ayahanda
Selama ini kami kasihkan ayahanda
Kerana kenal dan kasih itu kadang-kadang membuat hati ayahanda terluka
Apa lagi yang pasti dapat kami hulurkan…Menyusun jari memohon ampun kemaafan.
Ayahanda…Ayahanda …maafkan kami..andai diantara kami ini yang membuat hatimu terguris…relakanlah dosa itu pergi dengan kemaafan mu wahai ayahanda
Ampunkan kami ya… Ayahanda…
Percayalah Ayahanda, Amat Sukar Membicarakan Perpisahan, Kekadang Sendu Syahdu Mengiring, Tetapi kami mengerti wahai ayahanda, Bukan kami pinta Akan Perpisahan,
Bukan itu jua yang kau pinta,Sudah Lumrah Alam Tertulis Begitu. Hakikatnya,Suka Dan Duka Kita Tinggalkan, Itu Memori Lalu Cuma, Kini, Lembaran Baru Sudah Terhampar.
Wahai Ayahanda, Jangan Ditangisi Akan Perpisahan, Upaya Kita Tidak Termampu Menyekatnya, Ayahanda yang pasti kami rindui… Susunlah Langkah Sekemas Mungkin, Aturkanlah Bicara Setulus Mungkin, Agar Pertemuan Nanti Lebih Erat, Rantaian Kasih Sesama Kita.

Akhir kata …
Salam perpisahan Ayahanda…
Salam perpisahan..

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Sunday, June 15, 2008

HILANGNYA JODOH, CARI TIDAK KETEMU...

BIAR BONDA DAN AYAHANDA
MENUNAIKAN HAJI DAHULU...


URUSAN PERKAHWINAN PASTIKAN MENYUSUL...

Dah berkali saya diajukan dengan soalan itu,dah naik muak,kadang-kadang dah bosan geram dengan setiap soalan yang diajukan.Soalnya bila nak ketemu jodoh?.Bila lagi nak makan nasi minyak?Hmm selepas saya tidak lagi digelar tunangan orang ,saya cukup bermasalah dalam hal ini.Masalah nya saya terkilan dengan sikap wanita yang curang.Sampai kini saya masih tercari-cari yang mana sesuai dengan jiwa saya.Saya terpaksa teliti dan lebih teliti dari memilih bekas tunangan saya yang lalu.
Bonda, apatah lagi selepas pelbagai pihak kenalkan saya dengan seorang yang bergelar jururawat ,pada permulaan perkenalan aku tertarik dengan peribadinya,namun selepas beberapa minggu hati saya terus berkata dia bukanlah pilihan calon yang sesuai.Huh ! susah sungguh dengan Azrul ni,memilih sangat.Wah! senang sangat manusia diluar membuat tafsiran.Yang nak hidup berumahtangga ialah saya , mereka diluar sana yang hanya sekadar memperkenalkan tanpa bertanya ciri-ciri yang bagaimana saya inginkan sebagai teman hidup.
Yang mereka bisingkan cuba lihat si fulan itu dah kahwin dah dapat anak pun ,maknanya dah bagi cucu pun kat ayah bonda mereka.Bagi saya biarlah dengan kehidupan mereka dah ada anak pun bagi Mak ayah yang jaga ,bagi saya baik tak payah buat anak kalau tak nak jaga anak.Seolah-olah melepaskan batuk ditangga.Atas alasan yang dikatakn konkrit lagi ,biarlah cucu sulong ni di bela dan dimanja oleh datuk dan nenek.Hilanglah kesunyian mereka di rumah akibat berpencen dari kerja.Ada lagi setengah pihak yang mengatakan ianya satu ‘budaya’ dimana anak menantu melahirkan anak kemudian anak itu dibela oleh datuk dan nenek .Yang mak ayah sibudak itu sibuk bersiar-siar kesana kemari biarlah kami honeymoon dulu katanya.Hmm kategori manusia jenis apa ini ye?.Yang mak ayah semakin lama semakin membongkok dibiarkan menjaga anak berlari berkejaran.Bukan lah saya tidak bersetuju jika anak-anak itu dibela oleh datuk dan neneknya biarlah berpada-pada .Inikan sepanjang masa waktu anak-anak sendiri dibiar bersama datuk dan nenek.Bila pula tangan si Ibu akan membelai anak-anak mereka ?.Bila pula waktunya si Ayah akan melihat si anak ketika pulang dari kerja.?Fikir-fikirlah jika cucu terlalu dimanjakan oleh Datuk dan Nenek sudah pasti sukar mereka ingin terima nasihat ibu dan ayah mereka sendiri selagi Datuk dan Nenek tidak menggeleng kepala setiap kali apa yang diminta cucu sekadar mengangguk setuju segala.
Entahlah tiba-tiba saya ingin menulis perkara ini didalam blog saya.Memang bonda saya pun tertanya-tanya mahukah saya berkahwin pada tahun ini (2008).Hati Bonda mana yang tak inginkan anaknya ditemukan jodoh pada lewat usia 20 an .Tahun ini dah pun hampir masuk 30 tahun dah tak berapa bulan sahaja lagi.Tambahan bonda pun serba salah takut saya bertemu jodoh pada tahun ini ,sedangkan hati beliau ingin sangat menunaikan haji pada tahun ini.Surat panggilan sudah pun diterima cuma perlu menambahkan sedikit wang untuk mencukupi semua semua perbelanjaan yang dituntut oleh pihak Tabung Haji.Jadi saya telah berfikir panjang biarlah jodoh saya pada tahun ini ternoktah setakat ini dahulu.Biarlah saya tumpukan pada bidang kerjaya saya dahulu sebelum jodoh itu datang menjemput saya.Hanya padaNya saya berserah diatas pertemuan jodoh ini.Dan biarkan Ayahanda dan Bonda menunaikan haji dengan tenang tanpa memikirkan siapa jodoh saya
.








DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

YA ALLAH..SEANDAINYA TELAH ENGKAU CATATKAN DIA MILIKKU…TERCIPTA BUATKU…SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU…TITIPKANLAH KEBAHAGIAAN ANTARA KAMI…
AGAR KEBAHAGIAAN ITU ABADI.
YA ALLAH …YA TUHANKU YANG MAHA MENGASIHANI…
SEIRINGKANLAH KAMI MELAYARI HIDUP INI…
KETEPIAN SEJAHTERA DAN ABADI…
MAKA JODOHKANLAH KAMI…
TETAPI SEANDAINYA TELAH ENGKAU TAKDIRKAN DIA BUKAN MILIKKU…
BAWALAH DIA JAUH DARI PANDANGANKU…
LUPUTKANLAH DIA DARI INGATANKU …
DAN PELIHARALAH AKU DARI KEKECEWAAN.

YA ALLAH YA TUHANKU YANG MAHA MENGERTI…
BERIKANLAH AKU KEKUATAN MENOLAK BAYANGANNYA JAUH KEDADA LANGIT…
HILANG BERSAMA SENJA NAN MERAH…
AGAR AKU SENTIASA TENANG …
WALAUPUN TANPA BERSAMA DENGANNYA.

YA ALLAH YANG TERCINTA…
PASRAHKANLAH AKU DENGAN TAKDIR-MU…
SESUNGGUHNYA APA YANG ENGKAU TAKDIRKAN ADALAH YANG TERBAIK UNTUKKU…
SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERBAIK UNTUK HAMBAMU INI.

YA ALLAH CUKUPLAH ENGKAU SAHAJA YANG MENJADI PEMELIHARAANKU DIDUNIA DAN DI AKHIRAT…
DENGARKANLAH RINTIHAN DARI HAMBAMU YANG DHAIF INI.

JANGANLAH ENGKAU BIARKAN AKU SENDIRIAN DIDUNIA INI MAHUPUN AKHIRAT…
MENJURUSKAN AKU KEARAH KE MAKSIATAN…
MAKA KURNIAKANLAH AKU SEORANG PASANGAN YANG BERIMAN.
AGAR AKU DAN DIA SAMA-SAMA DAPAT MEMBINA KESEJAHTERAAN HIDUP KE JALAN YANG ENGKAU REDHOI…
DAN KURNIAKANLAH AKU KETURUNAN YANG SOLEH DAN SOLEHAH…

YA ALLAH…BERIKANLAH KAMI KEBAHAGIAAN DIDUNIA DAN DI AKHIRAT…DAN PELIHARALAH KAMI DARI AZAB API NERAKA…

AMIN…AMIN…AMIN…YA RABBAL ‘ALAMIN.



KEK PUDING JELLY KRISTAL

KEK PUDING JELLY KRISTAL
BAHAN-BAHAN

1. SWISS ROLL KEK ATAU IKUT JENIS KEK KEGEMARAN ANDA( KEK YG LEMBUT)
2. 1 TIN SUSU CAIR IDEAL (405 g)
3. 10 SUDU TEPUNG CUSTARD.
4. 10 SUDU GULA (MENGIKUT CITARASA ANDA)
5. 2 1/2 TIN AIR (IKUT SUKATAN TIN SUSU IDEAL)
6. 1 TIN COKTAIL FRUIT ATAU PEACH ATAU BUAH-BUAHAN SEGAR. (AIR DIDALAM BUAH-BUAHAN INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SUKATAN AIR)
7. 1 SUSU BESAR ESEN VANILLA
8. 2 SUDU BESAR OREN SUNQUICK OR REBINA.
9. 1 KOTAK JELLY KRISTAL
10. SECUBIT GARAM

CARA-CARA MEMBUATNYA.

PERTAMA (LAPISAN KEK)
- Sediakan loyang .
- Potong kek mengikut kesukaan anda samaada nipis atau tebal .
- Susun kek tersebut didalam loyang.
- Ketepikan.

KEDUA ( LAPISAN CUSTARD)
- Masukkan susu cair kedalam periuk.
- Masukan tepung custard
- Masukan air.
- Masukan gula, esen vanilla dan oren sunquick ,secubit garam)
- Kacau sehingga sebati.
- Kemudian masak sehingga mendidih dan pekat.
- Kemudian tuangkan kedalam loyang yang berisi kek yang telah dipotong.
KETIGA (LAPISAN BUAH-BUAHAN)
- Taburkan buah-buahan di atas adunan custard didalam loyang tadi mengikut citarasa anda.

KEEMPAT (LAPISAN JELLY CRISTAL)
- Masak 400 ml air sehingga mendidih. (Mengikut jenis serbuk jelly yang di beli)
- Masukan serbuk jelly dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan jelly yang dimasak kedalam loyang yang berlapiskan kek,custard dan buah- buahan .

KELIMA
- Masukan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA

Disediakan oleh : Ezrul Demirtas

Saturday, June 14, 2008

RENDANG MINANG DEMIRTAS




RENDANG MINANG DEMIRTAS

BAHAN-BAHAN (1)

11 Tangkai cili kering
7 biji cili padi mengikut kesukaan anda.
7 biji bawang besar (bergantung kepada saiz bawang)
10 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 biji buah keras.
2 batang serai dihiris nipis.
Sedikit lengkuas
-BAHAN-BAHAN INI DIKISAR .

BAHAN-BAHAN (2)

3 Sudu besar udang kering,
3 Sudu kecil jintan manis
3 Sudu kecil jintan putih
3 Sudu kecil ketumbar.
- BAHAN-BAHAN INI DIMESIN KERING.

BAHAN-BAHAN (3)

Daun Pandan .(Dihiris Halus Dan untuk ditumis)
Daun Limau Purut.(dihiris Halus)
Daun Kunyit (Dihiris Halus)
Serai. (Dititik)
-PENGGUNAAN DAUN-DAUN INI MENGIKUT CITARASA ANDA.

BAHAN-BAHAN (4)
KERISIK 3 SUDU BESAR
KULIT KAYU MANIS
BUAH PELAGA
BUNGA LAWANG
SEBATANG SERAI
SEHELAI DAUN PANDAN
SEHELAI DAUN KUNYIT
(BAHAN-BAHAN INI UNTUK DITUMIS)



BAHAN-BAHAN (5)

1 KILO DAGING
250-350 ML SANTAN
SEDIKIT AIR ASAM JAWA
GULA DAN GARAM.


CARA-CARA MEMASAK.

TUMISKAN BAHAN-BAHAN KE EMPAT DENGAN MINYAK JAGUNG DENGAN API SEDERHANA .BIARKAN SEHINGGA NAIK BAU.KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN KEDUA,KACAU SEHINGGA SEBATI.KEMUDIAN MASUKKAN BAHAN-BAHAN PERTAMA MASAK SEHINGGA MENDIDIH DAN AGAK KERING SEDIKIT,KEMUDIAN MASUKKAN DAGING,KACAU SEHINGGA SEBATI BIARKAN BEBERAPA MINIT SEHINGGA AIR DAGING KELUAR DAN KACAU SEHINGGA SEBATI SEHINGGA KERING,KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN AIR ASAM JAWA ,KACAU SEHINGGA SEBATI DAN BIARKAN DENGAN API PERLAHAN DAN TUTUP.UNTUK SEKILO DAGING MEMAKAN MASA HAMPIR 45 MINIT DENGAN KADAR API YANG PERLAHAN.SELAMAT MENCUBA.