Photobucket

MY MEMORY

Suweileh 2009....catatan Memoriku Last Year Slideshow: Ezrul’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Jordan was created by TripAdvisor. See another Jordan slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

DEMIRTAS AQUARIUM

Thursday, June 19, 2008

HARI PERSARAAN AYAHANDA TUAN HAJI AMIR HAMZAH BIN HASHIM (P.K HEM S.K.P.T)


BIODATA AYAHANDA TUAN HAJI AMIR HAMZAH BIN HASHIM

Ayahanda dilahirkan pada 20 June 1952 di sebuah kampung pedalaman iaitu Kampung Ulu Mengkuang, Rantau Panjang , Selama, Perak. Keluarga beliau adalah penoreh, petani dan pencari hasil hutan sekali sekala. Anak keempat daripada enam adik beradik.
Seperti kanak-kanak kampung yang lain amat nakal, mandi sungai, laga ikan, lastik burung, main guli, kadang kala bergaduh sesama kawan.Bapa beliau bernama Hashim bin Hj.Awang Besar dan ibu bernama Hafsah binti Yaacob. Semuanya telah pulang kerahmatullaah.
Ayahanda mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang pada tahun 1959. Beratapkan daun rumbia, dinding buluh, meja dan kerusinya diperbuat daripada papan panjang. Tiada elektrik, guna gaslin, minum air perigi, jalan tanah merah, serba kekurangan. Sempat menggunakan papan batu sebagai buku tulis. Sebaik sahaja naik Darjah 6 beliau dilantik sebagai Ketua Murid..
Pada Tahun 1965 ayahanda bersekolah di Sekolah Menengah Rendah Selama Perak.Kini lebih dikenali sebagai Sekolah Menengah Dato’ Haji Hussein. Lulus peperiksaan SRP pada tahun 1967 iaitulah tahun ke 2 pelaksanaan peperiksaan berbentuk objektif di Malaysia ini. Di sekolah ini aku juga dilantik sebagai pengawas.
Ayahanda naik ke Tingkatan Empat di Sekolah Menengah King Edward V11, Taiping, Perak. Di Sekolah ini aku bergiat dalam Pasukan Kedet Bersatu, Pasukan Rugbi rumah Parr, Pengawas Asrama.
Selepas lulus peperiksaan SPM tahun 1969 Ayahanda dipilih memasuki Tingkatan Enam Khas Biasiswa Penuh Kerajaan Negeri Perak di Sekolah Anderson, Ipoh. Walaupun aku mengambil STPM tahun 1971 tetapi nasib kurang baik, mungkin kesan sikologi ayah meninggal dunia dalam tahun peperiksaan ku itu. Ayahanda berjaya memasuki Maktab Perguruan Teknik,Cheras di Kuala Lumpur pada tahun 1972.
Di Maktab ini ayahanda terlibat secara aktif sebagai Pasukan Rugbi Maktab, Exco Pelajar Maktab.Setelah tamat latihan perguruan ayahanda dihantar ke Terengganu dan mula mengajar di Sekolah Menengah Panji Alam, Jalan Kg.Tok Nasik, kira-kira 2 kilometer daripada Bandar Kuala Terengganu. Di samping mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan aku kena mengajar Matematik untuk murid Tingkatan 3.Di sekolah ini juga ayahanda dipilih sebagai Guru Kedet Polis sekolah berpangkat Inspektor dan merangkap Adjutan Pasukan Kedet Polis Terengganu. Terlibat sebagai Pasukan Rugbi Negeri Terengganu selama 3 tahun.
Sebagai mana manusia berlandaskan fitrah Allah s.w.t pada tarikh 06/12/1975 ayahanda dijodohkan dengan seorang gadis Negeri Kedah bernama Che Halimah Bt.Che Mat pilihan ibu namun hati kecil nya tetap akur dan luhur dengan pilihan ibunya itu.
Tidak berapa lama kemudian pada tarikh 17/10/1976 lahirlah anak sulung ayahanda bernama Muhammad Azrul. Berkelulusan Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Kini bekerja sebagai Juru Kamera Multimedia di RTM 1, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Sudah berumah tangga dan mendapat seorang cahaya mata perempuan iaitulah juga cucu sulung ayahanda bernama Ainnul Aishah berumur baru satu tahun setengah.
Anak kedua bernama Muhammad Afzan yang lahir pada tarikh 13.06/1979. Selepas tamat pengajian Ijazah Universiti Teknoloji Petronas, Ipoh beliau kini bekerja sebagai Jurutera di Fastron, Syarikat Jerman di Pulau Pinang.Pada tahun 1981 ayahanda bertukar ke Sekolah Menengah Padang Midin kira-kira 7 km daripada Bandar Kuala Terengganu.


Pada tahun 1983 aku sekeluarga membuat keputusan untuk berpindah balik ke Kedah. Alhamdulillah selepas permohonan diterima ayahanda di tempatkan di Sekolah Menengah Dato’ Syed Ahmad, Kuala Nerang. Di sekolah ini ayahanda ditugaskan sebagai guru Rugbi,Guru Disiplin dan Guru Pengawas Sidang Petang. Pada tahun 1986 ayahanda dikurniakan dengan sorang cahaya mata perempuan bernama Nurul Hidayah. Kini tahun akhir di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, dalam jurusan Ijazah Sains Kimia Industri. Pada tahun 1987 ayahanda dikurniakan seorang puteri bernama Siti Adibah pelajar tahun ke tiga di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dalam jurusan Ijazah Pendidikan Sains Fizik.

Pada Bulan Mac 1988 ayahanda ditukarkan ke Sekolah Menengah Tanah Merah, Pendang kerana penglibatan ayahanda dengan parti Politik. Maka ayahanda akur dengan perintah itu.Awal tahun 1989 ayahanda diterima untuk kembali ke Daerah Kuala Nerang dan bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap 10 Km. daripada Pekan Kuala Nerang. Pada tahun 1990 ayahanda dipilih sebagai Guru Kakitangan Sumber untuk Pelajaran Kemahiran Hidup dan dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1997. Ayahanda ditugaskan sebagai Guru Disiplin dan Pengawas Sekolah. Diperingkat Daerah Kuala Nerang ayahanda dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Nerang.
Pada 01 April 2000 aku ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Padang Terap sebagai Penolong Kanan HEM hinggalah sekarang menjelang bersara pada 20 June 2008. Pada tahun 2004 ayahanda dianugerahkan sekali lagi Perkhidmatan Cemerlang. Pada tahun 2004 juga ayahanda bersama isteri telah berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan fardhu Haji rukun Islam ke Lima itu.

Itulah sinopsis kehidupan ayahanda yang kami semua kasihi....
Ya Allah pejam celik pejam celik dah hampir tiga taun aku bersama -sama dengan Ayahanda cikgu Amir di bidang pendidikan ,memang beliau banyak mengajar aku tentang kehidupan bagaimana ingin menjadi seorang pendidik yang sebenar.Namun hari ini adalah hari terakhir Cikgu Amir di S.K Padang Terap dan tiba lah masanya hari persaraan beliau pada hari ini...
Dan bingkisan ini aku hadiahkan pada mu buat Ayahanda yang diingati...
PERPISAHAN AYAHANDA…

Ayahanda yang dikasihi…
Kami mengerti perpisahan iniBukan kerana kau membenciTapi kerana dirimu terpaksa melangkah pergi.
Harapan kami agar setiap wajah kami jangan kau lupai…
Ayahanda yang dirahmati…
Hari-hari yang akan kami lalui…
Akan kami harungi demi hariBersama wajahmu yang tak mungkin akan kembaliTapi hati kami masih tidak menerimaDitinggalkan sepi tanpa gurau sendamu…Hakikatnya kami tidak sanggup kehilanganmu…Kami tidak sanggup Ayahanda…tidak sanggup.

Ayahanda yang kami kasihi…
Renunglah bangunan-bangunan ini
Yang setiap sudut seolah-olah mengenalmu…
Selalu kau kelilingi mereka dengan rotan hijaumu..
Kerana disinilah, Terukir kata yang tak dapat kau ungkapkanMengimbas kenangan silam, Yang tak mungkin akan kau ketemui lagi.
Ayahanda yang pasti kami rindui
Selama ini kami kenal hati budi ayahanda
Selama ini kami kasihkan ayahanda
Kerana kenal dan kasih itu kadang-kadang membuat hati ayahanda terluka
Apa lagi yang pasti dapat kami hulurkan…Menyusun jari memohon ampun kemaafan.
Ayahanda…Ayahanda …maafkan kami..andai diantara kami ini yang membuat hatimu terguris…relakanlah dosa itu pergi dengan kemaafan mu wahai ayahanda
Ampunkan kami ya… Ayahanda…
Percayalah Ayahanda, Amat Sukar Membicarakan Perpisahan, Kekadang Sendu Syahdu Mengiring, Tetapi kami mengerti wahai ayahanda, Bukan kami pinta Akan Perpisahan,
Bukan itu jua yang kau pinta,Sudah Lumrah Alam Tertulis Begitu. Hakikatnya,Suka Dan Duka Kita Tinggalkan, Itu Memori Lalu Cuma, Kini, Lembaran Baru Sudah Terhampar.
Wahai Ayahanda, Jangan Ditangisi Akan Perpisahan, Upaya Kita Tidak Termampu Menyekatnya, Ayahanda yang pasti kami rindui… Susunlah Langkah Sekemas Mungkin, Aturkanlah Bicara Setulus Mungkin, Agar Pertemuan Nanti Lebih Erat, Rantaian Kasih Sesama Kita.

Akhir kata …
Salam perpisahan Ayahanda…
Salam perpisahan..

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

No comments: